Tuesday, December 28, 2010

GELAP DI ANGKASA

Bila gelap di angkasa, banyakla mata yang mula rebah...semua ini adalah lumrah alam yang sememangnya kita sebagai MANUSIA terpaksa akur dengan ketentuan-NYA...berlainan pula dengan aku. Kenapa dengan aku?...apa yang lain nya?..pelbagai persoalan muncul..Jam di tangan menunjukkan pukul 3.34am..waktu-waktu sebegini, kebanyakan orang sudah diulek MIMPI-MIMPI indah atau sebaliknya...tapi aku?...masih berjaga di dunia NYATA...apa masalah aku sebenarnya nie...wahai MOHAMMAD FARIQ..tidur la..lelap kan la matamu..rebahkan la matamu sehingga tertutup rapat..Puas aku cuba, tapi tak berdaya juga...apa harus aku lakukan...Pelbagai bayangan penyelesaian masalah muncul di dalam kotak fikiran aku.

PIL TIDO? UBAT BATUK? MAKAN NASI? KELUAR JALAN-JALAN?

Tolonglah berfikiran secara waras..

Inilah masalah yang aku hadapi sejak aku dari bangku sekolah lagi...SUKAR UNTUK TIDUR!!!!...itula masah terbesar aku...kadang-kadang tu, aku hanya tidur hanya 2 jam sahaja dan berjaga untuk 12-16jam...dah tak macam orang aku rasa dah...aku ada la terbaca dalam beberapa artikel, ada doktor-doktor mengatakan bahawa manusia perlu tidur selama 6-8jam sehari bagi memperolehi stamina serta tenaga untuk keesokan harinya...Aku bingung laa...

Aku keseorangan di ruang tamu di kala ini...nak ajak rakan serumah teman dah berborak..semuanya dah tido...ermm..takkan aku nak ganggu..nanti tak pasal-pasal aku kena flying kick...Nasib baikla aku ada blog ni sebagai peneman aku di malam hari...kadang tu niat memang nak menulis apa yang terpendam, apa yang ingin diluahkan, apa yang ingin dikongsikan..tapi!!!!!....?

Aku ni bukan orang sastera ker...apa ker..aku bukan nya pandai nak mengarang ayat atau cerita nie...sebab itula aku jarang atau tidak berapa kerap 'UPDATE' blog aku nie..hanya pada masa tertentu saja baru aku 'UPDATE'...Aku taku penulisan aku ini akan ditertawakan oleh blogger2 yang lain yang lebih handal dari aku...

Tapi tidak mengapa la..As Long As, im trying to do that...makin lama makin la kan...bak kata pepatah 'no matter what u think or you want to do..just go for it & try to get it'...


WHO CARES?

Ade aku kesah?
Aku tak macam kau buat itu ini...
Jiwang sana sini...
Update status FACEBOOK itu ini..
Orang lain pun update gak, tapi tak la macam ko...

Ade aku kesah?
Aku tak macam kau desperate gila babi..
Couple sebab nak tunjuk kau berkarya seni..
Bercinta konon nak buat bini..
Cakap kat orang kau laki sejati..

Ade aku kesah?
AKu tak macam kau rembat publisiti..
Heboh nak dapatkan simpati..
Tak berkawan sebab tak mempercayai..

Satu kau kena ingat!
Kau ingat DEGREE kau ada kawan sejati dengan perangai kau macam ni..?

Hey! Aku boleh hidup la tanpa kau..
Mungkin kau tak perlukan aku,
tapi hakikatnya berjuta kali yang masih percayakan aku...

Wednesday, December 22, 2010

OLDTOWN VS TRON

TRON


Semalam 22 Disember 2010,
Semalam aku balik awal..pukul 6.00pm aku dah balik dah...badan aku rasa x sedap..mungkin semalamnya aku g jogging 6KM..mau tak nya, dah 3 minggu aku x jogging...pastu tiba-tiba jogging secara drastik..terkejut la semua anggoya badan aku nie...ermmmm...ingat nak jogging gak..tapi tgk cuaca cam nak menangis jer..so, tak jadila aku nk bersukan ari ni...Aku terus menuju ke rumah..

Sampai di rumah, aku tgk housemate-housemate aku ada, zaki & Latif..baru aku nak landing kat katil idaman aku tue, tiba2 zaki ajak aku ke KL, nak lepak-lepak katenya..Aku tanya zaki Siapa yang ada?..dia kate Hisham, Lisa dan Adik...ermmm, ok la aku cakap..lama gak x lepak-lepak dengan dorang semua..

Tambah brlengah-lengah, aku terus ke dapur mencapai towel aku yang tersidai di pengampai pakaian...aku terus menuju ke bilik air..mandi air panas..perghhhhh, best giler...memang lama la aku men air..lagi-lagi dapat mandi air panas nie...terbaek la...hahahaha...

Sette semua, kita orang bergerak la ke KL...sampai je di OLDTOWN Jln. Tap Kwan Seng...aku tgk2 x ramai la orang..ok la...aku memang x suke tempat yang ramai sangat orang nie..rimas dan berserabut kepala otak aku nie... Hisham, Lisa dan adik dah sampai dulu...Tanpa berlengah lagi, aku terus memesan makanan..aku order MEE Kari & Orang Smooties...Kita orang lepak sampai pukul 11.00pm camtu laa..

On the way nak balek, tiba-tiba BB zaki berbunyi..dia tgk, pastu dia tanya aku 'Weh!, nak tgk wayang tak?'..aku jawab, ok jer..movie apa...Zaki kate TRON...ermmm cam best gak..aku pon belum tengok lagi movie tu...layan laaa...Aku tanya Zaki ' Sape text ko tadi?'..Zaki  kate Acik LEE..

Wayang kita orang start 12.15am...so sempat lagi la...xder la kita orang nak rushing rushing nie...slow2 jer bawak kereta...malam ni zaki yang drive...aku x larat nak drive...sakit kaki...Sampai MIDVALLEY, acik & ayed sedang makan kat mcD...Tepat 12.20am kita orang masuk wayang...bole kira la berapa orang jer yang ada dalam panggung..maybe MIDNITE kot..n besoknya orang nak keja..so, tak ramai laa yang dtg tgk...hehehehehe

KESIMPULAN MOVIE TRON?

Bagi aku, cerita TRON ni bole dapat 3.5 bintang je la kot...ikut pandangan aku la...orang len aku tak tahu la...lantak laa...Jalan ceritanya biasa laa...tak berat sangat laa...cuma pujian yang aku bole bagi in term of 3D & CGI yang digunakan laa..memang terbaek la...ada 2 3 perkara lucu la yang berlaku sepanjang tayangan itu...aku sampai keras keras perot dik kerana tahan gelak...Abis tayangan pukul 2.30am...aku dah mula mengantuk..aku ajak Zaki terus balik la..dah tahan sangat dah mata nie...ermmm...Aku & Zaki pon pulang ke Shah Alam...

Thursday, December 16, 2010

HATI ITU MILIK SIAPA?

Teringat suatu tika dulu..
Sebelum ku miliki hati itu
Pernah ku melafazkan janji kepada Si pemilik Hati
Untuk taat setia
Menyentai sepenuh hati
Tiada duanya lagi...

Pernah jua
Ku taburkan janji manis
Sanggup ku daki gunung tinggi
Sanggup ku redah hutan merimbun
Sanggu ku rentas lautan api

Yang pasti..
tak kan ku biarkan tergoyah dan tergugat
Rasa cintaku kepada Si pemilik Hati
Kan ku jaga dan pelihara hati itu
Dari fitnah dunia
Nafsu yang menjanjikan keseronokan

Namun..
Tiba-tiba ku tersedar...
Hati itu sebenarnya bukan milikku
Hanya pinjam seketika waktu
Sementara roh masih di jasad

Berfikir...
Hati itu milik SIAPA?

Sunday, December 12, 2010

AKU REDHO!

Bulan Disember 2010, memang bulan yang aku tak dapat nak lupakan..pelbagai DUGAAN yang aku perolehi pada bulan ini...tapi aku amik ianya sebagai POSITIF kerana aku tahu, setiap DUGAAN yang diberi pasti ada sebab yang tersirat atau tersuratnya...Aku berpegang pada pepatah yang mengatakan 'Jangan Cepat Melatah'...tgk DUGAAN itu dari sudut perspektif yang berlainanan...pasti akan ketemu jawapan nya...

Wednesday, December 8, 2010

NGANGKUNG

2 minggu lepas aku gi tgk citer NGANGKUNG kat WANGSAWALK, aku gi tgk dengan member aku Amirul Fitri, dia adik member aku..saje kuar lepak dengan dia sebab lepas nie, dia nak masuk training ASKAR dah...ujung bulan satu t dia lapor diri...memang dah susah la kalo aku nak jumpa dia nie...so, der masa terluang nie..kitaorang pon kuar la hangout sama-sama...orangnya memang CERIA dan pandai ajer buat lawak...ada ajer citer yang nak dibahankan...hahahaha...

Aku amik si Fiq ni kat umah kakak dia kat SETIAWANGSA...ujan lebat giler on that day..tapi dah janji nya pasal...redah aje ler...redho!!!! pastu kitaorang terus ke WANGSAWALK...sampai-sampai jer terus gi wayang beli ticket...nasib baek la ader ticket...kalo x, kempunan la aku nak tengok citer tue...

'Ngangkung' adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa 'barang' untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama, lembing, parang atau apa-apa ajer la yang bole dianggapkan sebagai benda keramat...tujuannya untuk pemujaan.


Filem ngangkung mengsahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isterinya iaitu Suri serta anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan 'kaki ekor' dan aktiviti memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim pada dasarnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya itu tetapi kahirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan rakannya Tasnim yang berjaya mengubah gaya hidup setelah memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Akhirnya Azim turut ngangkung..maka terjebak la Azim dalam dunia penyesatan ini...ini semua berlaku tanpa pengetahuan isterinya. Bermula dari situ la, pelbagai kejadian aneh dan pelik berlaku di dalam hidup Azim serta 2 orang lagi rakannya. Mereka mula diganggu oleh Hantu.

Bagi aku cerita ngangkung nie ada baek dan ada buruknya...kalo korang nk tau..kena menontonnya..hehehe..saje bagi suspen ckit...hahahahahha...yang penting, awal-awal babak dah gelak bagai nak pecah pewot...Si Fiq ni sampai tersembur-sembur la pop corn...nasib baek  la x sampai ke orang depan...kalo tidak..naya la aku nak menjawap..ermmm..aku pon nak ketawa sakan gak...tau la kan kalo aku gelak camne...tapi kawal gak la...sampai keras la pewot aku ni dibuatnya...ermmm...






Thursday, December 2, 2010

BERSARANG

Salam semua, terasa lama je aku tak UPDATE blog aku nie..macam dah nak bersarang dah rasanya..hehehe...Lately ni aku tersangat la BZ...banyak je benda aku nk kena settlekan..kepala pon sakittt...ermmmmmmm

Monday, November 22, 2010

BROGA OUTING!



Di zaman teknologi maklumat ini, mendaki Broga Hill adalah sesuatu yang 'trendy' menurut survey yang dijalankan oleh majalah InTrend. Broga Hill menjadi tumpuan mereka yang memiliki kamera mahal macam kami2 nie...hehehe..kerana mereka bole mengabadikan semua kenangan pemandangan indah matahri terbit dan terbenam di puncak itu.

Bagaimana hendak ke Broga Hill? Mudah sahaja, gunakan GPS..haaa..kelakarnya aku. Well baca balik tak kelakar sangat pun sebenarnya. Broga Hill terletak di Semenyih, berdekatan dengan university of Nottingham. Jika anda hendak menyaksikan fenomena pagi hari..anda semua kenala dtg seawal pagi..seawal dari ayam-ayam semua bangun..hahahahaaaa...

TEAM kami:

Segalanya bermula pada siang sebelum tarikh 20.11.2010 ini...aku terima panggilan dari teman aku hisham..time dia call tu, aku sedang menuju ke Hotel Sunway, Subang. Hisham tanya aku apa bikin weekend ni..aku cakap la xder apa-apa kot..so far laa...sham tiba-tiba ajak aku ke Broga Hill..aku pon terus je kate OK...ermmm OK gak..aku pun xpenah sampai sana...asyik denagr dari member2 je..this is the right time to i go n feel the moment..hahahhaa...

Malam nya aku lepak umah Hisham, sebab senang ckit nak bangun awal..kitaorang nak gerak kol 6 pagi..

20.11.2010

Seawal pukul 5.30am aku dan yang len2 bangun...kakak Hisham iaitu kak mas bangun dulu...dia ke dapur untuk menyediakan sarapan kami semua..kak mas masak nasi goreng merah...memang merah betul laa...PEDASSSSSS siottt...mau pijor la lidah & bibir aku nie..ermmm..tapi yang pentingnya sedappppp....thx kak mas...t masakan lagi tuk kami yer...Lepas semua nya siap..kitaorang pun gerak la ke destinasi yang dituju...

GPS?..nasib baek la kak mas ada GPS..so senang la perjalanan kami semua...kita orang sampai around 7.15am...waktu tu kereta dah banyak giler...ntah pulul bape la dorang semua ni sampai agaknya...Perjalanan untuk naik ke atas tu mengambil masa lebih kurang setengah jam la..itu pun laju la perjalanan nya..tapi kalo slow-slow..mau sejam gak la...hehehe..

Perjalanan memang mencabarla..dah la licin..pastu berbukit-bukit plak tue...memang trill laa...hehehhee...lagi2 geng kami ni ramai perempuan kan..so paham2 laa...berehat memanjang la jawabnya...PANORAMA Broga Hill ni memang teramatlah cantik sekali...teruja la aku kejap..

Berehat sekejap la..penat woooo....sompot den dibueknyo...

Di sini la bermulanya kisah kami...mendaki ke BROGA HILL

Kami meneruskan perjalanan...memang ramaila orang kata atas nie...macam semut laa...kecik je dorang tu semua..hahahaha...cakap orang..padahal, kita orang pon kecik-kecik gak..seperti biasala..kamera kami, sentiasa bersedai untuk mengabadikan setiap kenangan di sana..pantang berhenti jer..pasti akan bergambar sakan..

Check Point pertama kami
Pose sebelum meneruskan perjalanan

Paling kesian dalam geng aku nie adalah si Lysa nie...dah la petite..pastu keletihan plak..hehehhe...memang kesian sgt la dengan dia..tapi kita orang beri semangat dengan dia..hahahaha..

Hasil kamera-kamrea kami:

 












Friday, November 19, 2010

BROGA HILL

BROGA HILL?...pasti ramai di luar sana yang masih atau tak pernah dengar akan nama ini...aku pon same gak..bau0baru je tahu tentang nama tempat nie..Broga Hill sebenarnya adalah sebuah tempat yang cantik dan mempunyai landscape yang amat cantik...broga hill memang sinonim bagi photographer yang inginkan sesuatu yang menarik serta lain dari yang lain..hehehehhe...Aku belum penah sampai tempat ni lagi...itula besoknya aku nak ke sana...dah x sabar rasanya nak sampai ke puncak Broga Hill ni...yang penting, aku nak abadikan kenangan ni dengan merakamkan seberapa banyak gambar yang bole..hehhehe...tau la aku nie, kalo pasal bergambar..serah aje yer...ade je nk di POSE kan..hahahaha...itula Mohammad Fariq..memang suka bergambar..hahahahahhahaha....

Monday, November 15, 2010

GIVENCHY PLAY INTENSE


Haruman yang berjaya mencuit hatiku ini

Tat kala aku lalu di celahan orang ramai, tiba-tiba hidung ini terbau satu haruman yang sungguh indah menusuk di hidung aku nie...berpaling gak la aku...mencari dari mana datangnya baua haruman itu...tapi aku tidak berjaya untuk mencari siapa pemakainya..ermmm...sedihhhnya...aku tak puas hati, aku terus ke kaunter perfume untuk mencari haruman itu...dah memang sifat aku, kalo nak sesuatu itu atau suka akan sesuatu itu..akan cuba sedaya boleh untuk mendapatkannya...dari satu kaunter ke satu kaunter aku cuba....last2 aku jumpa...ghupenya ni la haruman yang telah menarik perhatian aku tadi...memang sedap giler la bau nya...Perfume ni ada 2 set...Whiter version & Black Version..Baunya lebey kurang sama la...apa-apa pun...AKU SUDAH JATUH CINTA....rrrrr...dammmed!!!!!

Aku tanya la salesman tue, bape pricenya...hamikk kooo....RM2++...mak oii....mahalnya..napela aku suka perfume yg mahal2 nie...kopak2...nak beli tak nak...nak beli tak nak...dah la bulan ni aku nak bayar roadtax keta lagi...raya haji lagi..banyak wang diperlukan nie..ermmm.... :((

Takpela...aku pun beredarla dari kaunter perfume tu dengan perasaan sugul yang teramat sangat...nak wat camne kan...dah xder rezeki nak pakai perfume tue dalam masa terdekat nie...lagi pon perfume aku Paco Rabbane masih der lagi...guna je la...rrrr..NAK GAK NAK GAK NAK  GAK!!!!

in my Collection NOW!!!....

Eh!...tapi macam aku dah dapat je Perfume nie...hehehehhee...terima kasih beb sebab sudi hadiah kan aku perfume nie...aku amat menghargainya...

GROOMBIG NATIONAL 2010

GROOMBIG?..pasti ramai yang tidak tahu apa itu GROOMBIG kan?...Progam groombig ini bermula pada Januari 2006, ianya merupakan inisiatif bagi menggalakan, memupuk dahn membangunkan usahawan IKS agar mempunyai wawasan tinggi untuk menjadi sebuah entiti besar, berdaya saing, berdaya maju serta berdaya tahan di peringkat domestik dan global...ramai usahawan-usahawan IKS dilantik oleh kerjaan untuk menjadi ahli di bawah Program GROOMBIG ini.

Pada 12 November 2010 - 14 November 2010 yang lepas, telah berlangsungnya satu event iaitu GROOMBIG NATIONAL 2010 di mana program ini menghimpunkan hampir kesemua Usahawan-usahawan di bawah program ini bagi mejayakan program ini. program ini di adakan di Putrajaya, Presint 2 berdekatan dengan MeCD..Company aku terlibat juga dalam program ni.

11 November 2010,
Kami mula setup booth pada hari Khamis 11 November 2010, agak penat gak la time tue...mau x nya...banyak barang yang nak dibawa...boss aku nak setup nya macam office interior...so bawakla semua barang2 dari office nie..paling berat meja kaca la...kena angkat 4 orang ok..nasib baekla aku x angkat...hehehee..thx to staff len yang baek nk angkat..ahahhaa...aku angkat barang2 len la...kami gunakan kenderaan syarikat jer..Guna WISH, CITRA & HILUX...susun baek punya..seperti biasala...bab-bab susun nie serah je pada aku..memang muat punya..hehehe...that my expertise k...hehehehe...Enam orang staff yang pergi ke Putrajaya untuk setup Booth di sana, antaranya AKU, NEWAN, EN.YUSMAN, PIAN, EN.Azhar dan EN. SAMSUL...kerja menghias booth selesai pukul 4.00pm...

12 November 2010,
Aku x pergi ke Putrajaya...turn aku pada 13 & 14 November 2010.

13 November 2010,
Aku terjaga dari lena pukul 8.00am...memang aku kunci jam pukul 8.00am pun..hari ini turn aku jaga booth kat Putrajaya, malasnya nak bangun pagi2 cuti ni kan...bangun juga laa...duk termenung jap sambil-sambil tepuk2 bantal dan kemas katil...macam bisala, aku ni memang bangun je dari tidur terus kemas katil supaya kemas & tersusun..memang dah dilatih dari kecik lagi oleh nenek aku..mata masih terkebil-kebil nie...ngantuk!!!!...MANDI TIME...nasib baek la ada Heater...kalo x...mau kejung la aku  nak mandi pagi2 ni kan...SEJUKKK...Tepat pukul 9.15am...ada panggilan masuk, aku tengok EN.YUSMAN...halamakkkkkk..boss aku...t dia dah sampai..hehhee..nasib abekla aku dah siap...memang betul pon, dia dah sampai kat bawah rumah aku..

Sebelum ke Putrajaya, kami sarapan dahulu di Bistro Qaseh..pekena nescafe tarik n mee goreng...cara...mengisi perut aku yang lapar nie...biasala..pagi-pagi dah membuang kan...KOSONG!!!... Setelah bersarapan, kami mula bergerak menuju ke destinasi sebenar...

Sampai di Tapak Expo, aku terus la ke booth kami..cantek gak booth aku nie..hehehee...idea boss aku ni leh pakai gak..hehehehe...aku mula la menyusun semula semua barang seperti flyers, brochure serta produk-produk yang nak di display kan..Thx en.yus bawak Lappy & Broadband...x la bosan aku duk sini...hehehehhe...aku kalo dah dapat Lappy & Broadband..memang x bergerak la kan...

tag aku time jaga Exhibition GROOMBIG National 2010

Kita orang jaga sampai pukul 8.30pm...Sampai je Shah Alam, En.Yus ajak p makan..k gak..aku pon lapar nie..kita orang singgah makan di Bistro Qaseh..aku order Ikan Pari Bakar...memang terbakar la a ku mlm tu..Pedas tahap dewa la...makan sambil menangis la tema aku mlm tue...hehehhe..tapi yang penting sedappp... En.Yus order SATEY...wahhh..kesukaan tue...

14 November 2010,
Seperti biasala...aku ke Putrajaya semula...harini last day program nie...HAPPY...hehehe...tapi nanti mlm kena dismantle plak..haiyoo..t letih giler nya..nasib baek la besok harinya ISNIN aku cuti...hehehehe...Sampai je kat sana...aku mula la jalankan xtvt harian..kemas2 n susun-susun semua...

Monday, November 8, 2010

MANJEKAN DIRI KEPADA ALAM SEMULAJADI

Semalam, 8 November 2010 aku ke FRIM. Company aku ada job dengan FRIM, so kenala wat research ckit kat FRIM...ni kali ke-3 aku masuk FRIM. FRIM singkatan kepada Forest Research Institute Malaysia yang terletak di Selayang...tempatnya memang cantik, segar serta nyaman...kat sini memang sesuai untuk release tension, melakukan aktiviti riadah seperti Jungle Tracking, Jogging...nak mandi air terjun pon bole...dan yang paling best nya tuk wat shooting perkahwinan...memang marvelous la tempat nie...banyak giler la tempat leh digunakan...tempat yang paling aku suka..seperti biasa laa...dalam HUTANNNNNNNN....auuummmmmm!!!!

Tapi tujuan aku ke FRIM kali ni bukan la untuk bersuka ria..aku ke sini atas urusan kerja...aku ke sini bersama 2 orang lagi rakan sekerja aku termasuk BOSS aku..

Beri 1 POSE sebelum memulakan kerja

Kami mulakan tugasan dengan mengambil gambar di sekitar cafeteria FRIM dan menuju ke kedai cenderahati...agak suram la kawasan dalam nie...x meriah la...memang la HUTAN, tapi bagi aku..biarla ceria ckit..barula bole tarik pelancong or orang tempatan sendiri untuk datang ke sini...so, ini lah tugasan kami...iaitu membuat pembaharuan dari segi promotion in term of SINAGE, Collateral item dan sebagainya...

NEWAN, rakan sekerja aku...dia ni Freelance Photographer

EN. YUSMAN...my BOOS...thx boss bawak kami berjalan2

Selepas tangkap beberapa keping kat area sini, kami mula bergerak menuju ke dalam ckit...dalam HUTAN...mintak maaf la aku x bole nk publish pics yang kitaorang snap...nanti x exclusive..hehehe...aku leh share pics mencapap je la...hahahahaa

Besar giler POKOK ni...nak peluk x lepas plak..ermmmm

Tiba-tiba teringat kat kisah silam...

PENDAKIAN bermula...saket n lenguh-lenguh kaki aku nk naik atas bukit nie...

Berehat sebentar..penat katenya

Pose berlatar belakang kan waterfall...dingin

Si VUNTUT Merah yang sangat BAHAYA! beware!!!

AKHIRNYA sampai jugak di puncak...tengah usha-usha lokasi pemgambaran...

Nak basuh muka...takut pipi keras jadi air batu..hahahaha

1 2 3...pusing...kate NEWAN...

NYAMAN sungguh kat atas nie...suka aku..anyway thx NEWAN amik kan pic aku cantek camni...

Bermain-main dengan air gunung...Sejuk woooo...

Sedang asyik berkarya..tiba-tiba aku merasakan getaran...phone aku berbunyi...aku tgk....nama BOSS aku  naik la...dia ajak pulang...cukup la untuk kali ini..next time datang lagi...aku tersenyum keriangan sebab bole datang lagi...hehehehe...

SELAMAT TINGGAL FRIM.....




Wednesday, November 3, 2010

LEPAKING MALAM SABTU

Mak ai, lama nya x update..hehehe

Meman aku sesangatla busy dengan tugasan pejabat yang diberi...melambak-lambak, tak dapat aku nak rest seketika, tapi nak wat camne kan..dah tanggungjawab aku untuk selesaikannya...kalo tak buat nanti, client n boss aku melontarkan kata yang tak sedap aku dengar..

Last FRIDAY, 29 Oktober 2010

Setelah seharian aku bekerja, aku ingat mlm ni nak lepak-lepak la..tapi yang selalu jadi masalah kat aku ni adalah LOKASI, memang tension tuk diri aku bila memikirkan lokasi..ermmm...xperla, aku balik rumah dulu mandi-mandi n siap2, pastu barulah pikir mana nk lepak...smpai je rumah aku pon letak beg lappy aku n terus ke dapyr capai towel aku yang berwarna OREN nie...my feveret towel nie...murah je pon...bape ntah harga nya...beli kat IKEA, tapi sebab tebal kainya..tu yang buat aku suka giler dengan towel nie...hehehehe...

Lepas mandi, aku lepak jap tgk tv sambil tunggu rambut aku kering...tiba-tiba ada sms masuk kat phone aku...aku tgk nama PY MAAT naik..sms nya camni:-

Py :Lepak mana mlm ni?
Aku :xtau lagi la Py lepak mana, nape?ada plan ape2 ke?
Py :Jom lepak minum2..bosan
Aku :k gak...lokasi?
Py :Bangsar...

Camtula sms aku dengan Py, aku pon g la siap-siap...around pukul 10.45pm, py call aku cakap yang dia dah gerak ke BANGSAR, so aku pon gerak la ke sana...aku ikut NKVE coz Federal Highway jem teruk..ada xcident katenya...sampai je BANGSAR aku call Py, tanya mana lokasi LEPAKING mlm nie..Py kate Kedai CHAWAN berdepan dengan Bangsar Village Shopping Mall...aku terus la ke sana...Seperti biasa laa...BANGSAR penuh dengan umat manusia. Nak mencari aprking punya la payah...ermm..saiko betul..2 3 kali la gak aku pusing-pusing cari parking..n last jumpa gak..

Smpai je kat kedai Chawan, aku ushala si Py nie..mane la mamat ni duduk...dah la ramai orang...tengah-tengah nk call dia...dia dah nampak aku, aku pon stra8 la ke dia...dia dorang je kat meja tue...aku tanya mana yang len..Py cakap OTW (On The Waty)...biasala..janji melayu kan...Py dah order air, aku pon order Ice Lemon Tea..Py gtau aku ader 2 orang lagi nak join LEPAKING mlm nie, si MAT@MIKE & si HALIM SHAH...

Setengah jam kitaorang lepak, si MAT smpai...mat ni model n Finalist Hero Maskulin tahun lepas rasanya...dia kawan si Py...aku kenal dia pon baru jer...bila kuar dengan Py la..Nak dijadikan cerita, si MAT ni budak melaka gak..apa lagi...terus la kitaorang rancak berborak..bukak semua cerita..dari zaman kanak-kanak..sampai la skunk nie..memang lawak laaa...

Aku tengok jam dah pukul 1.40am...tak sedar aku dah nak dekat pukul 2am...aku tanya Py, mana si HALIM nie..xsampai2 lagi..jadi datang ke tak nie...Py cakap dia datang...cuma lambat ckit..sebab dia der keja kat RTM, dia reader kat RTM, Actually HALIM ni sepupu Py & senior aku time kat UitM dulu...so memang aku kenal dia la...What the SMALL world kan...Around 2.15am HALIM sampai...kedai Chawan ni close pukul 2.30am...so, we all move to PELITA...lepak lagi nie...haiyooo..matila..hahahahahaha...

Kalo dah borak-borak nie..memang best la kan...memang x ingat nak balik la...

Jam dah 4.00am...perghh...aku pon dah sangap nie...HALIM lagi al..penat giler muka dia...so kitaorang decide balik la...dah x larat dah nie..aku nk drive balik s.alam lagi...aku balik ikut Federal..memang time-time camni x banyak keta..lengang jer...best giler bawak keta...aku  bawak keta 100km/j...saje nak menikmati keindahan pagi-pagi buta di Federal...POYO je, cam tak biasa la plak kan...hahahahaha...sampai rumah...basuh kaki, gosok gigi & terus BOOM...Flat!!!!

Monday, October 25, 2010

RATU MAHABBAH De Laila

MENCIPTA keserasian... Abby (kiri) bersama pelakon baru, Hairul Azreen (kanan).

SINOPSIS.

Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.

Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup.

Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelanghari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanitayang terlalu tabah.

Apa lagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan.

Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.

Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila.

Pada masa yang sama, Waad 'berperang' emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.

Baru 1st time aku tengok cerita nie malam td..itu pun secara tidak sengaja...best pulak bila aku tengok..so layan jer...part yang menarik hati aku untuk melihat drama ni kerana SOUNDTRACK nya..memang best..instrumental yang dimainkan...memang menyentuh hati aku la...tajuk lagunya 'Wajah Siapa Di Hati MU - Azlina Aziz'..aku memang suka penyanyi nie...memang class  laa dia...hehehehe

Episod semalam dah episod yang ke-11...so aku dah missed 10 episod..arini aku nak layan 10 Episod yang aku tertinggal tue...nasib baek laa ada TONTON....terima kasih TONTON...hehehehe...Aku memang suka drama-drama melayu.sebab aku orang melayu..sape lagi kan nak tolong memartabatkan bangsa melayu serta industri perfileman kita..

Jalan cerita ni memang menarik la bagi aku...cerita yang bermain dengan EMOSI serta perasaan..memang aku suka..layannnnnn...Feeling la plak kan...hahahahhahahahahahahahahaha...

Saturday, October 23, 2010

TASIK SHAH ALAM

Tasik Shah ALam?..pastu ramai yang tahu tentang tasik nie...tempatnya indah..sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga..tak terkecuali gak la aku..sejak 3 bulan lepas...aku mula melakukan aktiviti riadah, iaitu Jogging...jogging one of my therapy for STRESS...ye la kan..keja cam aku ni memang selalunya stress jer..Sejak kebelakangan ini aku memang agak stress la dengan keja...keja yang melambak2...pastu dtg lagi 3 4 BIG PROJECT, mati wooo...tapi nak tak nak..terpaksa la kan aku buat..sape lagi kalo bukan yang buat..mau nangis la boss aku kalo aku x siapkan kesemua desihn2 tue...

Ada 3 projek besar la yg aku kena hadap...Projek pertama, under Kementerian Asas Tani, Projek kedua, Under MITI n projek ketiga under, Lembaga Nanas Malaysia...semuanya melibatkan design yang tough...n konsep yang berlainan...memang agak pecak kepala laa...tapi, aku amik tu semua sebagai cabaran untuk aku lebih maju dan tingkat kan lagi serta mantapkan lagi design2 aku...hehehehe...terima kasih BOSS bagi kerja yg banyak kat anak-anak buah...hahhahhaha...

Setiap hari lepas waktu keja, aku akan ke tasik Shah Alam untuk beriadah...tak kirala aku bz camne pon..aku akan luang masa 1 jam atau 1 jam setengah untuk ber JOGGING...atlease boleh gak la aku turun kan berat badan aku yg dah mencecah 60KG nie...tak sanggup aku nk timbang berat sekarang nie...ermmm..nasib badan laa...

Aku suka la JOGGING kat Tasik Shah Alam, coz ramai orang n semuanya melakukan xtvt yang sama...xla bosan kan...walaupon kat rumah aku ader GYM, aku lebih suka JOGGING kat luar..fresh air n leh CUCI MATA...ahahhahaha...no la..juz kidding...Aku pon dah ada kawan-kawan JOGGING sekali..ader la dalam 3 4 orang...si KAMARUL, SHAHRUL, DAN, IMRAN & ader lagila..lupa plak namanya sape...budak sek18..

Dorang ni semua memang pelarila..memang x bole follow sgt la dorang nie...kalo dah start berlari..memang x berhenti la...sampai mengah-mengah la aku dibuatnya...Kadang-kadang lepas JOGGING aku akan masuk office semula...tu dah memang kebiasaan aku la...pas jogging masuk keja semula..keja sampai pukul 11.00pm or 12.00am...pastu balik rumah..mandi2 n terus tido...

Ermmm...nak tulis ape lagi erk...aku ni bukannya pandai mengarang pon...hehehe...ikut dan je nak tulis...hehehe..apa yang tertulis ni la yang terkuar kat kotak pemikiran aku nie...

Wednesday, October 20, 2010

JIKA AKU JATUH CINTA


Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU

Agar bertamabh kekuatanku mencintaiMu

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yanh hatinya tertaut padaMU

Agar tidak terjatuh aku dari jurang cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati jika kau rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu

janganlah kenikmatan itu melebihi

kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Aminnnn...