Sunday, July 17, 2011

SEKIAN LAMA MENYEPI

Jam di tangan menunjukkan 6 pagi.

Salam semua kawan-kawan blog aku...terima kasih aku ucapkan pada korang semua yang mana sudi singgah menjengok ke BLOG aku.

Baru - baru ini aku banyak terjebak dengan kemalangan minda. Tapi, syukur Alhamdulillah aku masih lagi mampu tersenyum dengan tenang. Bukan main - main, memang masih dapat tersenyum dengan tenang.

Aku rasa BLOG aku ni dah bersarang sangat sebab dah lama aku tak update apa-apa cerita atau info-info terkini.
Aku memang sibuk sejak kebelakangan ini, sibuk dengan urusan KERJA, PERIBADI dan pelbagai lagilah.

Paling aku sibuk adalah dengan masalah JIWA-JIWA ni...penat gak la nk melayan penyakit JIWA-JIWA ni...naik sepal aku dibuatnya...nasib baik aku ada housemate yang betul-betul memahami aku..THANK YOU MATE!

Disampaing kesibukan aku dengan mengharungi pelbagai dugaan hidup..aku juga tidak lupa pada Si PUTIH aku tu..dalam diam-diam..si PUTIH aku ni dah berwajah baru. Pelbagai aksesori aku bagi dia pakai...nak bagi lawa..hahahaha..nak tambah POWER, masih belum mampu..pesana kepada si PUTIH, SABAR yer...kamu akan dapat kuasa baru tak lama lagi...

Tuesday, April 5, 2011

TAK PUAS HATI?MARAH?TERASA?GERAM?

Entry ini merupakan salah satu entry untuk peringatan diri aku sendiri. Sejak kebelakangan ini aku dilanda masalah dengan seseorang dan ia berjaya diatasi dan diselesaikan dengan baik.

Adakala, kita perlu beralah dan menurunkan ego diri sendiri demi seseorang dan juga perlu memikirkan masa depan jika kita terus dengan diri kita serta ego yang melampau. Nak buat macam mana, beralah itu penting.

Adakala juga, perkara yang kecil amat – amat dianggap remeh tetapi adakala perkara yang remeh itu juga begitu penting serta boleh diperbesar – besarkan. Perasaan mengatasi segalanya.

Oleh itu, apabila berada dalam keadaan yang tak menentu serta mood mulai “down” pastikan kita memilih jalan yang terbaik untuk mengelakkan daripada situasi menjadi lebih lama lebih parah.

Sebagai contoh, jika perasaan diri kita terlalu membuak – buak diringi dengan perasaan tak puas hati, terasa ataupun terlalu marah elakkan daripada mengeluarkan kata – kata ataupun apa – apa kenyataan tentang perasaan kita. Aku tahu salah satu daripada melegakan tekanan ialah dengan cara berkongsi dengan seseorang ataupun meluahkan pada apa – apa benda tapi ingat, cara itu amat mudah dimanipulasi oleh orang lain.

Ingat, se-sakit mana pun hati anda, bertapa perasan / bertapa tekanan anda hadapi ataupun berapa terasanya hati anda pada sesebuah perkara jangan perkara yang “remeh” tersebut sebagai modal untuk menghentam orang lain. Tak perlulah kot nak serlahkah perasaan anda di blog ataupun dimana – mana media sosial network sekalipun nescaya benda “remeh” tersebut akan mengguris hati orang lain.

Diam merupakan cara yang terbaik bagi segala – galanya! Tak puas hati baik diam daripada ia melarat, tak puas hati jangan dok nak memaki hamun orang lain kerana kelak ia akan kembali menghentam diri anda semula dan jangan sesekali menyumpah diri orang lain kerana perasaan kita yang tak setabil.

Come on la, perkara kecil jangan sekali – kali diperbesar – besarkan. Jangan kita luahkan pada khayalak ramai dan tunjukkan kepada orang lain dengan cara yang tak betul. Adakah anda nak menjadikan perasaan anda yang sedang membuak – buak tersebut modal untuk popular di blog? Nak menerima puluhan ratusan komen simpati ala bodek di ruangan komen? Ataupun saja nak jadikan ia sebagai “UMPAN” untuk panggil orang lain berkata – kata dengan anda. Cukup la.

Aku taknak tulis dan kata kat orang tu terus sebab diri aku pun macam tu jugak. Aku tak sempurna. Aku ada hati dan perasaan.

Wednesday, March 30, 2011

EXHAUSTED WEEKEND

Salam semua..akhirnya aku kembali semula ke dunia blog semua..hehehe..setelah aku melalui hari yang meletihkan fizikal dan mental aku dan kini tibalah masanya untuk aku kembali ke dunia maya untuk seketika. Menulis luahan serta garapan untuk dikongsikan bersama teman. Last week memang minggu yang memenatkan aku, tapi aku happy giler n berbaloi aku wat semua nya...berjalan sakan la aku minggu tue..kuar pagi balik pon pagi la...camne tue...layan kan ajer. Pada 25 Mac 2011, member aku datang sini..dia nak berjalan-jalan di KL, saje nak berubah angin katenya..dia nk tumpang kat umah aku..aku cakap : OK jer..tak der hal laa...small matter...dtg je la..nanti aku bawakla ko jalan-jalan pusing KL...mane saje ko nak pergi..I'm ur driver. Faleeq datang bersama sorang lagi akwan dia Nina..Flight dorang pukul 5.30pm dari Kota Bahru..perjalanan mereka 45minit, so aku bertolak dari Shah Alam pukul 5.45pm..sebab nak mengelak jem..biasalah, kalau hari Jumaat ni..memang jem ckit dekat Batu Tiga nie..lagi lagi simpang nak susur keluar ke Seremban-Nilai tue...

Dalam perjalanan aku ke LCCT, Faleeq sms aku mengatakan yang dorang dah sampai..aku cakap..tunggu sekejap..aku OTW..time tu aku memang dah nak sampai LCCT dah...same same sampai laa..

i-city Shah Alam

Lepas aku ambil mereka berdua, aku tanya dorang ke mana hendak pergi?..dorang cakap nak g makan dulu sebab lapar pastu baru ke i-city..aku cakp OK...kita orang g makan kat PAKLI Kopitiam...aku pilih lokasi tu sebab dah dekat dengan i-city..so nanti senangla..tak lah jauh nak pusing ke i-city tue...lepas makan kami pon cargas la ke i-city...Aku pon dah lama tak pergi i-city, seingat laa...last aku pergi sana tahun 2007 kot...time tue i-city baru jer buka..Masuk pon free jer...Now nak amsuk dah berbayar dah...Tiket masuk RM10 untuk satu kereta mana RM5 untuk Motor.

Parking Lot i-city

Perjalanan kami di i-city bermula dengan mencari parking..agak susah la nk park kat i-city nie..sebab parking nya bertingkat-tingkat..pastu berpusing2 plak..adoii..tension je aku...

Peacock Neon

Sesampai je kami di lokasi permulaan penjelajahan i-city, kami disambut oleh orang-orang i-city yang mempromosikan keplelbagaian game serta entrance...ada yang promote masuk reptile show la..ada promote untuk bergambar dengan ular, iguana serta burung kakak tua...kami x amik mane-mana pon promosi tu...kakaka..Maaf ye promoter semua...Masa kami sampai tu, orang masih belum ramai lagi..so lengang la kawasan nya...memang best la kalo nak bergamabr sana sini...

Faleeq pun tak lepas kan peluang untuk bergambar dengan lampu-lampu neon nie...untuk diabadikan dalam koleksi nya..hehehe...Sini aku serta kan beberapa keping gambar ketika kami di i-city :

Sakura Neon

Cactus Neon : tempat yang paling disukai oleg si Faleeq ni





Area ni pon aku suka..sebab memang cantik...Gabungan Katak & Angsa serta pokok pokok lampu yang berwarna warni..sangatlah cantik


Aku suka pic nie..so natural


Sebelum balik, sempat lagi snap pic pokok Sakura nie..memang cantik pokok nie..

Setelah penat berjalan-jalan serta bergambar di i-city, kami pon beransur pulang keluar dari situ...panas pon ye gak..kakakaka...Kami menuju ke KL, Midvalley..sebab nak tengok wayang cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Show time 12.10am...Sebelum show start, kami lepak-pelak kat bowling midvalley...sejuk ckit...tengok gelagat orang main boling..memang kelakar la..macam-macam gaya..Sebenarnya aku dah tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa ni dah 2 kali...masuk mlm tu dah 3 kali la aku tgk..tapi citer nya memang best la..x jemu pon nak tgk...Show tamat around kol 2am..pastu kami semua pon balik ke Shah Alam semula..Kami hantar Nina kat umah cousin dia dekat sek19, Shah Alam. Hari tu memang penat giler...sampai je rumah, mandi dan terus BOOM...

AKTIVITI 26 MAC 2011

Aktiviti kami bermula seawal pukul 11am..bangun dan siap nak ke KLCC...Faleeq nak jumpa kawan dia kat KLCC..kawan dia dari FB, nama kawan dia FENDI..budak cheras katenya...Kawan dia tu keja kat butik FLOW. Time Faleeq jumpa member dia tue...aku apa lagi..menggunakan la kesempatan dan masa yang ada untuk berjalan dan berkarya dengan lensa aku nie...hehehe...snap sana sini...tengok gelagat orang yang datang ke KLCC ni...macam2 pic yang kelakar la aku dapat..

Sempat lagi post kan En. Faleeq



Sebelum bergerak ke Damansara, kami sempat bergambar di tasik depan KLCC tue..saje nk buat kenangan..aku memang jarang ke KLCC sebab malas...Satu ramai orang, dua sesak, ketiga parking mahal..hahahha..





Lepas puas bergambar sakan..kami bergrak menuju ke Damansara, ke IKEA, IKANO dan The Curve...Faleeq tak pernah sampai sana..so aku bawak la dia ke sana..Atlease penuh gak la altiviti dia kat sini..taklah dia bosan datang sini..memang niat aku nak bawak dia jalan-jalan pon..bukan selalu pon dia dapat datang sini...Sampai je kami di IKEA, kami terus masuk ke IKEA..memang best laa..sebab banyak decor baru yang diperagakan oleh pihak IKEA, semuanya cantik-cantik dah cara decornya pon aku suka...

Nak jadi Duta lilin ke apa si Faleeq nie..senyum melebar je kan..

Nasib baik pegang patung je, kalau tak..kenalah samak yer



Puas kami beronda-ronda dalam IKEA, kami ke The Curve plak..Cuaca pada haritu agak panas laa..so best la nak bergambar sana sini...hehehe..Kami ke The Curve Street teu..tempat orang jual macam-macam benda tue...sampai-sampai jer dah ternampak gerai jula Bangle..apalagi, si Faleeq ni terus la ke kedai tue...dia memang suka pakai benda-benda macam tue...


Akibat tahap kepanas yang melampau, kami membatalkan niat untuk merayap lagi...tekak pon dah dahaga..so kami ke secret recipe la..


Menu aku : Grapetizer + Chocolate indulgence Cake, 
Menu Faleeq : Fresh Squeeze Orange + Blueberry Cheese Cake.


Malam harinya, Faleeq tiba-tiba ajak aku ke karaoke...ni dah lama x karok katenya...so aku bawak dia ke Music Box, Quality Hotel Shah Alam..tu yang terdekat laa..sebab kami dah berada di Shah Alam ketika itu...Kami karok 2 jam gak la..Kami berempat pergi karok mlm tue...Aku - Faleeq - Nadi (Adik Faleeq) & BF Nadi Shuk..Lepas abis karok, Nadi ajak kami ke Uptown Shah Alam, dia nk beli beg..so kami pon ke sana la...sampai je Uptown..seperti biasa la...ramainya umat manusia..hari Sabtu la plak kan...So, nak carik parking tu memang agak sukar la..tapi nasib baik la ada parking yang berdekatan...


Jam menunjukkan pukul 2am..mata kau dah mula kecik..kaki pon dah mula sengal2..Faleeq pon cakap dia dah x larat dah...dah nk balik n tido...letih giler katenya...Lepas Nadi beli beg, kami pun pulang..on the way pulang, tiba-tiba Faleeq cakap dia lapa..so aku singgah la kat Mamak depan umah aku tue...dia makan Roti Cheese. Selesai makan..kami pun PULANG la..perghhhh..perjalanan hari ni memang memenatkan..tapi yang penting, enjoy...walaupun penat...enjoy tu yang pentingg...Keesokan harinya Faleeq dah nak balik semula ke Terengganu..Flight mereka pukul 1.40pm...so aku hantar mereka pukul 12.30pm. Anyway, thx Faleeq sebab sudi spend time n bercuti ke sini...t ada masa aku ke tempat ang plak k..Memang ada plan pon aku nk ke sana..ke Pulau Perhentian...

Monday, March 14, 2011

VIVA OWNER CLUB a.k.a VOC

Terasa lamanya aku tidak menulis apa-apa di BLOG aku nie..sememangnya aku terlalu sibuk dengan tugasan harian aku yang semakin hari semakin bertambah-tambah...memang dah bukak dag BLOG nie..cuma x sempat je nak update apa-apa yang terbaru..tiba-tiba malam ni aku nekad jer nak menulis...sebab dah terlalu banyak input yang dah ter OVERLOAD dalam otak kecik aku nie...kalau tak dikeluarkan, alamatnyaa....errrrmmmm...berkubur saje laa...

Citer aku kali inin dimulakan dengan penglibatan aku dalam kumpulan kereta VIVA...aku join team V.O.C atau nama panjangnya VivaOwnerClub...Sebenarnya aku dah setahun register dalam team nie..cuma tak active sahaja..maklum laa..BZ dengan KERJA...nk wat camne kan...hehehe...bila aku dah join club keta nie, macam-macam aku dapat..macam-macam pengalaman yang aku dapat..dari aku tak tahu pasal keta nie...bole tahu laa..aku dapat ramai kawan-kawan..tu yang penting sekali..sebab, dengan dorang la aku bole share apa2 pasal keta aku nie..

Antara kawan yang aku rapat  dalam team VOC ni, si LAN@cipot, AREARE, ZACK, RANIK, IZ, BOY, MUNA, NAZA, LOLA, WAN, SHAZWAN, KAPTEN dan yang lain-lain lagi la..nak disebutkan semuanya..memang menjela-jela laa...hahahaha...dorang semuanya ni memang best laa...sempoii...otak giler2 cam aku gak..tapi yang paling best sekali..dalam kami ramai2 nie..aku yang palinh tua sekali..tu yg x bole BLA tue..tapi, rrr..x kisah laa.janji semua leh masuk kepala kan...janji ROCK...

Monday, February 7, 2011

DIABETES A.K.A KENCING MANIS

DIABETES!
Salah satu penyakit yang kian menular di kalangan rakyat malaysia. Penyakit yang semakin merebak dah berleluasa yang menyerang tidak kira umur, darjat serta pangkat...semuanya tidak terkecuali dari kena penyakit yang di kenali sebagai DIABETES atau dalam bahasa yang lebih molek KENCING MANIS...

Nak dijadikan cerita, atuk aku juga telah didapati mengidap penyakit ini, atuk aku yang sihat sejak aku mula mengenalinya..tiba-tiba boleh jatuh sakit akibat penyakit ini...aku memang kesian tengok keadaan dia..ye la kan, mau tak nya..xpenah-penah aku tgk keadaan dia terlanyar sakit camni..mau menitik rasanya air mata aku bila melihatnya..

2 feb 2011 atuk aku dimasukkan ke Hospital Besar Melaka..atuk aku ada ketumbuhan kat belakang dia, macam bisol tapi tak der mata plak...keras n sakit...dah seminggu gak la atuk aku tahan sakit tue...sebab dah xtahan sakit, ayah aku bawak atuk aku ke hospital besar melaka..doktor cakap yang atuk aku kena operate, nak tak nak kenala operate, supaya tak merebak bertambah teruk...

Sempat gak la aku jaga atuk aku kat hospital, tolong angkat dia, tolong bagi makan kat dia..tolong urut dia..masa aku tengok atuk aku time tue, terus je SEBAK hati aku nie, ntah laa...mungkin aku teringatkan pengorbanan atuk aku untuk aku selama aku hidup nie..memang jasanya aku tak bole nk balas dengan apa2 pon selain doa aku sebagai seorang cucu.

Masa aku urut tangan dia, aku tengok jari atuk aku bengkok2 akibat kerja kuat..kesian giler, tuhan saje  la yang tau betapa sebaknya hati aku...aku cuma leh cakap time tu "YA ALLAH, KUAT KAN LA HATI HAMBAMU INI"..aku tak nak menangis depan atuk aku...aku tahu dia pun sedih gak..apa-apa pun aku doakan atuk aku cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala..SAYANG ATUK!

Monday, January 31, 2011

BOSS?

Dalam alam pekerjaan tentunya ada banyak permasalahan antara pekerja dengan ketua atau lebih tepat “boss”.Setiap syarikat mempunyai ketua masing-masing yang diberi amanah untuk menjaga perjalanan syarikat supaya berdaya maju dan memberi keuntungan.Bila sebut sahaja ketua atau boss tentu anda ada pengalaman pahit dan manis bila melayani karenah ketua masing-masing.Ada boss yang memang betul-betul berupaya menjadi ketua yang baik dan ada juga boss yang kurang pengalaman dan pengetahuan terhadap kerjanya,yang menghairankan macam mana boss itu mendapat jawatan tersebut.

Sikap seorang ketua memang berlainan,ada boss, yang pagi-pagi hanya tahu marah-marah tanpa sebab,ada boss memang jenis hanya buat hal dia sendiri,tanpa menganggu pekerjanya,cuma jika ada apa kerja atau laporan yang tidak lengkap,maka anda akan dipanggil berjumpa dengannya,kalau dapat boss yang semacam ini rasanya anda akan aman setiap pagi.

Bagi pekerja biasa seperti kita tentulah hendak dihargai dan dijaga kebajikan kita,walaupun kita dibayar setiap bulan namun kita juga membantu syarikat menjalankan perniagaan mereka.Kita juga mengharap sedikit penghargaan tidak semestinya berbentuk wang. Cukup sejadar dari mulut sahaja mampu menaikan semangat kita untuk memberi khidmat yang baik pada masa akan datang.

Pernahkah hasil kerja anda dihargai oleh ketua masing-masing? atau anda yang bertungkus lumus sehinggakan tidak tidur, abaikan keluarga sementara demi tugas untuk ketua anda? bila anda berjaya menyiapkan tugas dengan jayanya maka ketua anda yang mendapat nama. Rasanya ramai yang pernah alami situasi begini.

Kadang-kadang kita juga merasa tidak dihargai oleh ketua, contoh yang ringkas.Jika kita terlewat hanya 5 minit pada waktu kerja yang ditetapkan,tentunya kita akan mendapat “surat cinta “tetapi bagai mana pula jika kita balik lewat dalam erti kata “kerja percuma”selama 1jam atau 30minit untuk ketua,adakah itu diambil kira?

Memang sudah lumrah manusia, hanya nampak yang buruk dan jelek sahaja, kebaikan kita langsung tidak diharga! 

Saturday, January 29, 2011

AKU BENGANG

Kusut betol kepala aku skunk nie...macam2 benda nak kena hadap...pasal kerja la...pasal kerjaya laa..pasal kehidupan laa.pasal kawan-kawan laa..ermmm..semuanya nak kena pikir kan..mane la aku bole tahan camni kan...ermmm..pasal kawan-kawan ni juga bole dikatakan ISU yang terbesar gak laaa...kadang-kadang tu, demi nak menjaga hati kawan-kawan nie..hati sendiri gak yang merana nyer..ermmm..Tapi yang pasti, kali ni memang aku cukup2 terasa dan ada sedikit bengang...kalau xbagi aku guna or pinjam ker..gtau je laa..xpayah la nk wat itu, wat ini..aku paham dan aku bole terima..ni wat aku sakit hati jer..aku tau la ko skunk dah ada kerja bagus..tapi jangan la nk belagak..xbagus camtue..

Aku xpenah kot wat ko camnie...kedekut dengan ko ker..berkira dengan ko ker...ape2 je laa..sakit kan hati ko ker..lagi la jauh sekali...tapi ape yang aku dapat...ni ko wat kat aku, xper la beb..aku paham kot..maybe ko xselesa n terpaksa...so watla camnie..satu jela yang aku ko tau, yang aku xpenah anggap ko beban ke, musuh ker, ape la yang buruk2 kat ko...aku ikhlas..tapi dengan apa yang ko buat nie...aku memang dah tawar hati la nk berkawan atau nak macam aku baru kenal  ko dulu..semuanya dah x sama lagi laa..maaf kan aku k, kalo lepas ni aku akan buat ko keluar dari hidup aku...maaf sesangat k...aku rasa ko patut cari kawan-kawan yang bole terima perangai ko dan bole terima ko laaa...

Aku harap ko berjaya menjadi insan yang terbaek dari apa yang ko ada sekarang nie yer...

Monday, January 24, 2011

MUNAJAT IKHLAS

Petikan ini aku ambil dari salah satu Blog Mutiara Hati :

Wahai Allah Yang Maha Agung,
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
…Peribadi yang indah dan terpelihara

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
kedamaian hati,
kebeningan dan kebersihan hati,
ketenteraman jiwa
kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam

Usir dan buanglah segala kegelisihan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami.
Jadikan hati kami tenteram, tenang, dan damai dengan mengingat-Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu

Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas.

APA LAGI YANG INDAH....?

Takdir memang sentiasa menurut apa yang sudah tertulis, namun apa yang terbentang kadangkala buat aku payah menempuh, apalagi mahu menurut dan memahami semua yang telah ditelunjukkan...?..Kepayahan itu kadangkala buat diri makin terbiasa dengan derita, sekalipun derita itu jenis yang maha panjang...tapi hakikatnya kuatkah aku untuk semua itu???....27 tahun aku dibumi ini, adakah ia cukup layak untuk memuliakan diri pada tahap paling agung??....pernah dulu...aku sentiasa dirundung gelita..kelabu kehidupan yang sentiasa menjadi kabus..menyeliputi pada tiap saat dan ketika..ralat buka soalnya, cuma keterlanjuran aku dalam menafsir kehidupan yang entah apa apa...menggelodak jiwa sonsang pada tiap malam..ia tak pernah kenal erti penat dan puas..entah apa yang dicari..hingga kini aku tak ketahuan..tapi mungkin ia mengharap secebis perhatian dan ego yg menggunung...huh!!!....saat itu mana mungkin aku sedar akan buruk baik tiap keputusan..yang ada disekeliling hanya kata2 gelap dan teman2 yg sama aliran..jadi, harus bagaimana aku ingin menyusur arus yang benar??...masih terlalu mentah bukan???....bukan aku sedih mengingat kembali kenangan hidup lampau, cuma aku gemar menilai diri pada tiap sudut..akan apa yang pernah terjadi pasti ia jadi sempadan yang maha tinggi kini...hitam jalan yang lalu xmungkin akan disusuri lagi!!!....ia juga bukan nada sesal..hanya cuma kenangan itu terlalu istimewa yang xmungkin sanggup dijalani lagi..cukup akan kisah lalu...dalam gelap dan penuh kesesatan gigih aku mencari prestij, mengumpan diri pada kalian yang lain...padahal bukanya pulangan yang hebat menanti..hanya kepuasan mungkin!!!....

Sunday, January 23, 2011

RELEASE TENSION D'SARAWAK

SARAWAK The Best

Awal bulan ritu aku gi Sarawak..aku gi sana atas 2 tujuan, pertama KERJA..tujuan ke dua JALAN-JALAN..aku tau kena ke sarawak pon last minute...2 days before aku terbang ke sana..Bos aku mintak aku jumpa client kita orang kat sana..nak tak nak..aku kenala pergi kan..dah tanggungjawab..KATENYA...redho je la..tapi aku gi sana x keseorangan..aku ke sana ditemani oleh housemate aku iaitu ZAKI...aku ajak dia untuk teman aku ke sana..Zaki ok, sebab dia pon nak buat research kat sarawak..pasal KEBUDAYAAN sarawak, Salah satu tajuk untuk assignment dia semester 2 nie...Biasala, pelajar MASTER..banyak la research yang nk kena buat...lagi jauh pergi..lagi la banyak markah nya...

Flight kita orang pukul 8.20am.nak tak nak kena gerak laa pukul 6.30am ke LCCT..kalo x, x sempat nak check in kan...pukul 5.00am aku dah siap-siap..nasib baek ada Office mate aku nak tolong hanta kita orang..kalo x ..payah gak la..hehehehe...sampai di LLCT, kita orang terus check in barang..pastu gi beli makanan..lapar masing-masing...Selepas beli makanan, kita orang terus masuk ke Boarding area...mls la  nak merayap2 kan...ngantok pon ada gak..hehehehe...Sampai di Boarding area, aku terus on lappy n update status FB..seperti biasa laa...dunia FB..Zaki online guna BB dia...aku x pakai BB..so guna je la lappy nie...janji leh update n online...hehehe

Off cam n shut down time...dah nak masuk dalam flight dah time nie

Walking track ke Kapal Terbang ku

ada gak..hehehehe...Sampai di Boarding area, aku terus on lappy n update status FB..seperti biasa laa...dunia FB..Zaki online guna BB dia...aku x pakai BB..so guna je la lappy nie...janji leh update n online...hehehe, perjalanan kami 1jam 40 minit..memang sharp la AirAsia..seperti biasa la kalo aku naik kapal terbang...pastu aku nak duk di tepi tingkap...sebab leh menikmati permandangan yang memutih jer...hahhahaa...Sampai je di air port, kami telah di sambut oleh kak su, kak Su merupakan staff company aku kat sarawak..company aku ada cawangan di sarawak..sampai2 jer..terus kak su bawak kami gi makan..sebab  masing-masing dah kelaparan..n waktu pon dah nak dekat kol 12 tengahari..

Kami makan tengahari di Brimms..kak su bawak kami makan di sana...aku makan Mee Kolok, zaki makan Laksa Sarawak..tu pic kat atas tu la laksa sarawak...sedap giler..udang dia besar-besar tu..jeles je aku tgk zaki makan time tue...
This is my Lunch Meal, Mee Kolok...terbaek la sup daging dia...kalo sape nk rasa lembu...should be try this noodle...hehehe..sehingga terkenang-kenang laa...

Inilah Kak Su, orangnya baek sgt...peramah..suka aku bila dapat jumpa n lepak lepak ngan dia..ada je ceritanya...hehehe...neway, thx kak su sebab entertain sewaktu kami di sana k...

MALAM : kami gi makan di TopSpot Cafe...one of kawan kami yang duk di Kuching mau belanja kita orang...ape lagi, rezeki jangan ditolak..terus la ke sana..macam macam la seafood yang kami makan..antara nya Ikan Kerapu & Nestum Prawn...terbaek la semuanya.. I Luv Kuching...LUV LUV LUV

The next day nya kami jalan-jalan di Bandar Kuching...saje nk usha apa yang patut di usha laa..hahahaha...Mula2 kami gi makan kat Restoran Purple dekat dekat ngan pasar Satok tue...ape ntah nama restoran tue...lupe laa..hahaaha..pas makan..kami ke Waterfront, saje nak amik2 gambar kat sana n beli2 souvenir tuk rakan-rakan kan...


penat gak la jalan-jalan kat waterfront ni n kedai2 souvenir nie..ermmm...tapi layan..sebab semuanya murah2 danc antek2...ramabng la mata aku..aku samba je la apa yang patut..hahahaha...

Ada tokoh cam pahlawan sarawak tak?...hahahaha

Berhadapan Dewan Undangan Negeri

Dah penat berjalan..rehat la sebentar...letih katenya...

MALAM nya..yang TERBAEK

RUAIBAR, bagi mereka yang menetap di kuching, pasti dah biasa denagr nama BAR nie...tapi bagi kami yang baru ke sini...pasti tertanya-tanya..BAR apa kah nie...Kawan kami CHAM, bawak kita orang ke sini..best katenya...sampai2 jer...memang best giler...walaupon kecik je tempatnya...tapi..dalam nya...havoc dengan orang orang...nak dijadikan cerita, malam yang kami pergi tue rupa-rupanya TATTOO NITE, so ramai la penggemar tato ni dtg untuk memeriah event nie...tak terkecuali la kami...aku memang teruja bila berada di sana..sebab, ni first time aku tgk life orang buat tato...ngeri pona da gak...



Lepas lepak RUAIBAR, kami bergerak ke BOYAN, salah satu tempat makan yang terkenal di Kuching..memang aku xnak lepas kan la peluang nie...so, kami pon g la ke restoran tue..kami lepak kat restoran BAROk, tempatnya sunggu cantek, ala2 rumah orang Bidayuh...sejuk..nyaman...memang terbaek laa...

Air Limau Ais + Garam...len benor rasanya...1st time aku rasa

Hari berikutnya, kami ke Kampung Budaya Sarawak. Kampung Budaya Sarawak adalah salah satu tarikan pelancong yang datang ke sarawak kerana di sini segala kebudayaan sarawak boleh dilihat secara dekat...kita boleh lihat cara hidup masyarakat sarawak yang berbilang kaum itu, seperti IBAN, BIDAYUH, PENAN, ORANG ULU serta MELAYU SARAWAK...memang x rugi la kalo gi sana...Ticket pon  berpatutan laa...

Orang Dewasa : RM60.00
Kanak-Kanak : RM30.00
Orang Tempatan : RM25.00
Student yang bawa kad pelajar :RM15.00


Entrance RainForest World Music Festival

Persembahan dari penari-penari Kampung Budaya Sarawak

Persembahan dari penari-penari Kampung Budaya Sarawak

Persembahan dari penari-penari Kampung Budaya Sarawak

Salah satu kepercayaan suku kaum sarawak

Di dalam rumah BIDAYUH...memang cool la masuk sini..sana sini tengkorak ada...

Kat pentas apa ntah nie..aku lupa la nak take note tempat nie..sebab menarik sangat...sejuk jer..berlatar belakang kan air terjun yang jernih dan sejuk