Tuesday, May 25, 2010

MUNGKINKAH






















Tetes air mata, basahi pipimu.

Di saat kita 'kan berpisah.
Terucapkan janji, padamu kasihku.
Takkan kulupakan dirimu.
Begitu beratnya.
Kau lepas diriku.
Sebut namaku jika kau rindukan aku.
Aku akan datang.
Mungkinkah...
Kita 'kan s'lalu bersama.
Walau terbentang jarak antara kita.
Biarkan...
Kupeluk erat bayangmu.
'Tuk melepaskan semua kerinduanku.
Lambaian tanganmu, iringi langkahku.
Kebersitannya di hatiku.
Akankah dirimu, 'kan tetap milikku?
Saat kembali di pelukanku.
Begitu beratnya. 
Kau lepas diriku.
Sebut namaku jika kau rindukan aku.
Aku akan datang.
Kau kusayang, s'lalu kujaga.
Takkan kulepas s'lamanya.
Hilangkanlah keraguanmu.
Pada diriku, disaat kujauh darimu.
Begitu beratnya.
Kau lepas diriku.
Sebut namaku jika kau rindukan aku.
Aku akan datang.
Kau kusayang, s'lalu kujaga.
Takkan kulepas s'lamanya.
Hilangkanlah keraguanmu.
Pada diriku, disaat kujauh darimu.

Monday, May 24, 2010

DUGAAN DUGAAN

Oh ya... badan ku sungguh letih sgt nie, aper lagie ngan kepala ku yg kusut... satu masalah demi satu menimpa ku...

nie puwn ngah ngantuk biler type.. so curik time keje sikit so mater nie boleh celik.. kalau layan jer ader jgk lentok kat table... tak pasal2 dengar suara yg manis lagi sweet menegur aku kang... saper lagie kalau bukan boss aku tuew... x per kut, rilex menaip hilang ngantuk boleh kut.. en yus... boleh eh... hee..

Oh ya, dugaan yg nak diciter kat sinie pasal semalam...semalam aku ngan housemate aku zaki n sorang member kitaorang yan gi karok...pada dasarnya aku memang xder pun plan nak ke karok..tapi memandangkan YAN beria-ia ajak dan lagipun aku der kupon 1 jam free...so we all decide pergila karok...petang semalam aku book la...aku book pukul 9pm..

Aku memang xder mood giler nak karok...otak kusut giler time tue...tapi kawan-kawan nya hal..layan kan je la..kena PRO la ckit dalam bab2 ni.. fist of all..aku nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak pada kawan baik aku Zaki, kerana memahami perangai aku yang kejap2 gila dan kejap bangang nie..nasib baek la dapat housemate n kawan yang baek cam ko...terima kasih banyak-banyak k...

Mlm tadi memang aku nyanyi kau kau nya la...lantak la..dari lagu kak Ziana sampai la ke lagu rock kapak tahun bila ntah..Semua lagu yang aku nyanyikan memang der kekait dengan apa yang aku alami skunk nie...nak luah direct tak berani...so aku luahkan melalui lagu lagu yang aku pilihla semalam...

Memang skunk ni aku berkonflik jiwa dengan diri sendiri...iksh..hanya tuhan je la yang tahu betapa pilu dan sengara nya hati ini...nak kongsi dengan kawan kawan pun..aku tak mampu..Ya ALLAH! berikanlah hamba mu ini kekuatan untuk menempuhi nya...Begitu berat nya DUGAAN ini yang kau berikan...

Tuesday, May 18, 2010

AKU SAKIT















Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin

DREAM DREAM DREAM


Today one of my DREAMS will come true...rasa tak sabar dah ni dibuatnya...setelah sekian lama aku menantikannya..baru hari ini aku mendapatkannya..setelah berusaha gigih selama ini untuk mengumpul $$$$...akhirnya aku berjaya...terima kasih TUHAN kerana memberikan aku kekuatan untuk menempuhi segala halangan dan cobaan...Setiap manusia pasti ada CITA-CITA yang diinginkan dalam hidupnya..samada susah atau senang ajer la...mereka pasti tetap ingin memenuhinya...kita harus mempunyai cita-cita supaya hidup kita ada arah tujuan...

Monday, May 17, 2010

MALAM INI

Di malam ini, Di Waktu ini
Ku masih terkenang dirimu
Biarpun tiada kau disisi, diriku.
Senyumanmu, raut wajah mu
Membuatku terus merindumu
Biarpun kau meninggalkan aku, cintaku.

Ku cuba tanpamu disisi
Ku cuba tanpa hidup denganmu
Meskipun ku tak mampu lupakan mu, kasihku.
Ku cuba tanpamu dihati
Ku cuba berhenti merindukan mu
Ternyata tiada pengganti dirimu, selamanya.

Sedetik ini, ketika ini
Ku masih memikirkan mu
Dimanakah dirimu kini, gadisku.
Andai aku, ulangi lagi
Cerita aku dengan kamu
Takkan ku menyakiti hatimu, bintangku.

Ku cuba tanpamu disisi
Ku cuba tanpa hidup denganmu
Meskipun ku tak mampu lupakan mu, kasihku.
Ku cuba tanpamu dihati
Ku cuba berhenti merindukan mu
Ternyata tiada pengganti dirimu, selamanya.
Kini...

SENDIRIAN

Salahkah jika jika bersendirian? Adakah ia melawan hukum alam? Atau perlu ditukar persoalannya kepada adakah tidak ingin berteman? Ditanyalah pelbagai soalan, dilemparkan segala pendapat dan ditoleh segala pandangan. Ditanya juga pada hati, mengapa ini terjadi. Diduga pada takdir, seperti ia tidak memihak pada diri.

Bila difikirkan ada juga insan yang mampu menghadapi keadaan itu. Tiada sebarang masalah atau isu yang dirungkaikan mahupun dari orang lain ataupun diri sendir. Memang benar jika diikutkan tradisi atau budaya bangsa ini, jika seseorang yang telah mempunya kerjaya, harta dan perkara-perkara yang bekaitan sepatutnya mempunya teman. Dikata boleh menjaga sakit pening dan penghilang rasa duka serta marah. Adakah mereka yang sendiri tak mampu untuk meneruskan hidup mereka atau mereka tak mampu mengawal perasaan mereka? Adakala mereka lebih matang dalam mengawal setiap keadaan yang datang menimpa. Selesa dengan tidak melibatkan orang lain dalam perasaan mereka sekurang-kurangnya tiada yang menjadi mangsa luahan perasaan mereka.

Bila tidak berteman ada juga fitnah dan kejian yang sering dilemparkan. Apakah salah mereka yang bersendirian sehingga digelarkan dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Bukan kerana mereka tidak mahu atau terlalu memilih, bagi aku setiap manusia mempunyai sebab mereka sendiri. Jangan kerana itu pelbagai tomahan dilemparkan. Memang ia tidak adil dan adakala ia sukar diterima. Jangan kerna sendirian tak berteman membuatkan padangan serong dilemparkan.

Pada diri aku sendiri, selagi aku mampu untuk menerima keadaan, mengawal diri dan merdeka pada diri, tidak akan ada sebarang masalah jika aku sendiri. Memang benar adakala kita lemah dengan perasaan sunyi dan sepi namun perasaan itu juga menyedarkan aku bahawa dihujung waktu kita tetap sendiri menghadapi hari-hari mendatang. Benar memang ada antara kita yang memilih dan ada juga kerana jodoh dan rezeki belum mendatangi mereka. Memang aku seorang yang cerewet dan memilih. Mungkin bunyinya agak kasar namun aku terpaksa untuk jadi seorang yang memilih dalam mencari pasangan. Berkongsi segalanya dengan seseorang bukan sesuatu yang mudah. Membuat keputusan membeli pakaian pun cukup rumit bagi aku apatah lagi mencari cinta. Bukan kerna aku mahu yang hebat tapi aku mahu yang terbaik dalam hidup aku. Walau aku sedar aku bukan mudah untuk dijelaskan maksud sebenarnya terbaik dalam setiap perhubungan. Ia sungguh subjektif.

Bukan salah untuk jadi memilih dan jangan salahkan diri jika rezeki dan jodoh belum tiba. Berdoa dan berserah namun usaha perlu ada. Adakala yang sudah berteman masih mencari erti kebaikan diluar perhubungan mereka. Inilah namanya kehidupan. Sukar untuk kita terima namun mudah untuk insan lain berkata. Sendiri atau tidak jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Bangkit dan senyum hadapi apa jua dalam hidup. Percayalah dihujung waktu pasti kita sendiri hadapi segalanya.

Kenapa Mesti Saya MIMPI Kamu..

tidur malam tadi sedikit terganggu..

mimpi itu menjelma tanpa dipinta..

mengapa perlu mimpi itu tentang kamu..

kita hadir bersama..

kamu memeluk erat beg milikku..

kemudian kamu tertidur berbantalkan beg milikku..

ketika aku berniat usai dari situ..

aku terpaksa membangkitkan kamu..

mengambil semula beg kepunyaanku..

kamu bangkit terkejut..

kamu masukkan sesuatu dalam beg milikku..

sesuatu itu kertas karangan kamu mungkin untukku..

saya terfikir-fikir apa yang kamu tulis itu..

saya tidak sempat membaca itu..

kerna sesungguhnya saya telah bangkit dari lena itu..

saya mengeluh kenapa itu hanya mimpi..

mimpi yang membuatkan saya terfikir sehingga kini..

pelbagai kemungkinan..

mungkin kerna hubungan ini sudah genap 2 bulan..

adakah petanda atau petunjuk  atau  signifikan terhadap sesuatu..

Hanya Tuhan saja yang tahu..

moga Tuhan memberi kebahagian kepada kamu..

moga Tuhan memberi kejayaan dalam bidang yang kamu ceburi..

moga Tuhan mengurniakan nikmat rezeki tidak terhingga buat kamu..

saya masih sayang kamu sampai bila-bila..

Mampukah AKU

Wah, susahnya nak luahkan rasa pada seseorang yang kita suka.
Bertungkus - lumus otak ni bekerja memikirkan tentang cara mengatasi masalah ni.
Berfikiran jauh bila Badak menghadapinya.
Kenapa ek macam tu?

Cuba fahami cerita dibawah ini
**(tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang ditulis namanya disini)**

Syazrul dan Anis sudah dekat 6 bulan berkawan. Perkenalan mereka ini terjadi bila Syazrul bertemu Anis dalam satu majlis kenduri. Syazrul mula jatuh hati pada Anis setelah hampir 3 bulan berkenalan. Syazrul mula mengambil berat pasal Anis, menolong Anis jika bermasalah. Tambahan pula Syazrul tahu yang Anis ni masih "single". Selain itu, Anis pernah beritahu Syazrul bahawa dia tidak akan terima lelaki yang minta "couple" darinya. Kadang - kadang ada setengah orang akan tidak bersemangat bila mendengar ayat sebegitu, tapi, Syazrul tetap ingin mencuba.

Pada suatu hari, Syazrul mendapat idea. Dia mula bercerita mengenai CINTA pada Anis. Nampaknya Anis oke dan terima cerita mengenai CINTA itu. Ini menunjukkan Syazrul ada peluang untuk memikat hati Anis. Pada satu ketika, perasaan sayang dan cinta Syazrul terhadap Anis semakin kuat. Dia memulakan langkahnya namun langkahnya terhenti sebelum dilaksanakan. Kerana apa? Kerana Syazrul dibayangi perkara yang akan berlaku selepas dia meluahkan perasaannya itu. Apa yang akan berlaku? Dia takut akan kehilangan Anis selepas meluahkannya. Dia takut Anis akan menjadi Anis yang lain. Selain itu dia takut Anis menolak lamaran dengan mengatakan dia hanya mahu menjadi rakan karib Syazrul.

Itulah pengalaman yang telah Syazrul alami sebelum ini. Ada yang mahu menjadi kawan karib, tapi lama kelamaan, hilang bagaikan putus persahabatan. Syazrul tahu dan sedar kondisi diri dia. Dia berbadan besar, tak kacak, dan akan membuat perempuan berasa kurang selesa bila disamping dia. Inilah dilemma yang dihadapi Syazrul sampai ke hari ini. Sudah ramai perempuan yang dia minati "terlepas", dia hanya dapat menjadi sahabat saja. Tapi dia tidak menganggu hubungan kawan perempuannya itu malah turut membantu jika menghadapi masalah.

**(Tamat)**

inilah antara cerita yang hampir kurang sama dengan apa yang AKU hadapi. Nak diluah, takut. Kalau senyap, rugi.

Sunday, May 9, 2010

SEPENUH HATI

Ke mana harus ku luahkan? 
perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan?
di dalam diamku
Sukarnya ku berterus terang? 
tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini
Bagaimana harus aku mengahadapi? 
semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku segala-galanya
Pada yang Maha Kuasa ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biar keraguan menghantui jiwamu
Dalam ku meniti semua kepastian
Dari bibirmu? 
oh kasih
Kasih dan sayang? 
cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biar ku kecewa membalut luka
Agar kau mengerti yang selama ini
Aku menyintaimu

PERASAAN ini

tolong, 
pergi jauh-jauh...

jauh dari pandangan,
jauh dari penglihatan.

tolong,
pergi jauh-jauh,

jauh dari ingatan,
jauh dari kotak fikiran.

kerana kita,
bukan dari asal yang sama,
keluarga yang serupa,
mahupun tempat yang sama.

kerana kita, 
dua yang berlainan.

kau akku, 

dua yang berbeza.

biar masa, tentu segala.

namun,
selagi ada rasa ini, tolong....

pergi jauh-jauh...

jauh!

kerana akku, 
akku takut untuk jatuh.

Aku Tak Suka Perasaan Ku Sekarang

urghh

aku tak suka perasaan aku sekarang...
tak kira apa pun...
semuanya tidak menjadi...
dari sekecil-kecil perkara, sehingga perkara yang penting, semua tak dapat nak buat...
semuanya hilang...

melayang....

memikirkan seseorang....
yea...
seseorang...
:(

dia selalu cakap yang dia penat...
penat bergaduh dengan aku...

yea...
aku pun begitu...
bertengkar, hanya buat kami makin jauh...
makin jauh terpisah...
sedangkan aku sentiasa ingin bersama dengannya...
:')

mulut boleh menipu, tetapi bukan hati...

yea...
walaupun aku marah, terkilan tapi dalam hati ini, aku masih fikirkan dia, aku masih rindukan dia...
aku tak dapat baca hati orang...
tapi aku harap, apa yang aku fikirkan sekarang, sama macam apa yang dia fikirkan...

aku tak mahu jauh dengan dia... aku mahu sentiasa bersama dengan dia...



jujur aku katakan..
aku perlukan dia
aku rindukan dia....
:'(

Wednesday, May 5, 2010

Diam-diam Aku Suka Kamu

aku ada seseorang yang aku tak tau kedudukan dia dalam hati aku sama ada aku suka dia ke?,cinta ke?,sayang ke? atau apa2lah pada dia aku pun tak tau,yang lagi pelik nyer sebelum ni aku taklah sampai taruh harapan pada dia malah nak teringat kat dia pun tak pernah..


Tapi entah macam mana semalam bila aku tengok hp dia aku nampak gambar dia dengan seorang (?) entah kenapa aku marah bengang pun ada..tapi yang pasti aku sedih sangat bila aku tahu dia ada kekasih hati macam lain jer perasaan aku ni..sebab nak sedapkan hati aku cuba nak ingat orang yang aku tak tau tentang kewujudan orang tu..