Monday, May 17, 2010

Kenapa Mesti Saya MIMPI Kamu..

tidur malam tadi sedikit terganggu..

mimpi itu menjelma tanpa dipinta..

mengapa perlu mimpi itu tentang kamu..

kita hadir bersama..

kamu memeluk erat beg milikku..

kemudian kamu tertidur berbantalkan beg milikku..

ketika aku berniat usai dari situ..

aku terpaksa membangkitkan kamu..

mengambil semula beg kepunyaanku..

kamu bangkit terkejut..

kamu masukkan sesuatu dalam beg milikku..

sesuatu itu kertas karangan kamu mungkin untukku..

saya terfikir-fikir apa yang kamu tulis itu..

saya tidak sempat membaca itu..

kerna sesungguhnya saya telah bangkit dari lena itu..

saya mengeluh kenapa itu hanya mimpi..

mimpi yang membuatkan saya terfikir sehingga kini..

pelbagai kemungkinan..

mungkin kerna hubungan ini sudah genap 2 bulan..

adakah petanda atau petunjuk  atau  signifikan terhadap sesuatu..

Hanya Tuhan saja yang tahu..

moga Tuhan memberi kebahagian kepada kamu..

moga Tuhan memberi kejayaan dalam bidang yang kamu ceburi..

moga Tuhan mengurniakan nikmat rezeki tidak terhingga buat kamu..

saya masih sayang kamu sampai bila-bila..

No comments:

Post a Comment