Monday, May 17, 2010

Mampukah AKU

Wah, susahnya nak luahkan rasa pada seseorang yang kita suka.
Bertungkus - lumus otak ni bekerja memikirkan tentang cara mengatasi masalah ni.
Berfikiran jauh bila Badak menghadapinya.
Kenapa ek macam tu?

Cuba fahami cerita dibawah ini
**(tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang ditulis namanya disini)**

Syazrul dan Anis sudah dekat 6 bulan berkawan. Perkenalan mereka ini terjadi bila Syazrul bertemu Anis dalam satu majlis kenduri. Syazrul mula jatuh hati pada Anis setelah hampir 3 bulan berkenalan. Syazrul mula mengambil berat pasal Anis, menolong Anis jika bermasalah. Tambahan pula Syazrul tahu yang Anis ni masih "single". Selain itu, Anis pernah beritahu Syazrul bahawa dia tidak akan terima lelaki yang minta "couple" darinya. Kadang - kadang ada setengah orang akan tidak bersemangat bila mendengar ayat sebegitu, tapi, Syazrul tetap ingin mencuba.

Pada suatu hari, Syazrul mendapat idea. Dia mula bercerita mengenai CINTA pada Anis. Nampaknya Anis oke dan terima cerita mengenai CINTA itu. Ini menunjukkan Syazrul ada peluang untuk memikat hati Anis. Pada satu ketika, perasaan sayang dan cinta Syazrul terhadap Anis semakin kuat. Dia memulakan langkahnya namun langkahnya terhenti sebelum dilaksanakan. Kerana apa? Kerana Syazrul dibayangi perkara yang akan berlaku selepas dia meluahkan perasaannya itu. Apa yang akan berlaku? Dia takut akan kehilangan Anis selepas meluahkannya. Dia takut Anis akan menjadi Anis yang lain. Selain itu dia takut Anis menolak lamaran dengan mengatakan dia hanya mahu menjadi rakan karib Syazrul.

Itulah pengalaman yang telah Syazrul alami sebelum ini. Ada yang mahu menjadi kawan karib, tapi lama kelamaan, hilang bagaikan putus persahabatan. Syazrul tahu dan sedar kondisi diri dia. Dia berbadan besar, tak kacak, dan akan membuat perempuan berasa kurang selesa bila disamping dia. Inilah dilemma yang dihadapi Syazrul sampai ke hari ini. Sudah ramai perempuan yang dia minati "terlepas", dia hanya dapat menjadi sahabat saja. Tapi dia tidak menganggu hubungan kawan perempuannya itu malah turut membantu jika menghadapi masalah.

**(Tamat)**

inilah antara cerita yang hampir kurang sama dengan apa yang AKU hadapi. Nak diluah, takut. Kalau senyap, rugi.

No comments:

Post a Comment