Tuesday, December 28, 2010

GELAP DI ANGKASA

Bila gelap di angkasa, banyakla mata yang mula rebah...semua ini adalah lumrah alam yang sememangnya kita sebagai MANUSIA terpaksa akur dengan ketentuan-NYA...berlainan pula dengan aku. Kenapa dengan aku?...apa yang lain nya?..pelbagai persoalan muncul..Jam di tangan menunjukkan pukul 3.34am..waktu-waktu sebegini, kebanyakan orang sudah diulek MIMPI-MIMPI indah atau sebaliknya...tapi aku?...masih berjaga di dunia NYATA...apa masalah aku sebenarnya nie...wahai MOHAMMAD FARIQ..tidur la..lelap kan la matamu..rebahkan la matamu sehingga tertutup rapat..Puas aku cuba, tapi tak berdaya juga...apa harus aku lakukan...Pelbagai bayangan penyelesaian masalah muncul di dalam kotak fikiran aku.

PIL TIDO? UBAT BATUK? MAKAN NASI? KELUAR JALAN-JALAN?

Tolonglah berfikiran secara waras..

Inilah masalah yang aku hadapi sejak aku dari bangku sekolah lagi...SUKAR UNTUK TIDUR!!!!...itula masah terbesar aku...kadang-kadang tu, aku hanya tidur hanya 2 jam sahaja dan berjaga untuk 12-16jam...dah tak macam orang aku rasa dah...aku ada la terbaca dalam beberapa artikel, ada doktor-doktor mengatakan bahawa manusia perlu tidur selama 6-8jam sehari bagi memperolehi stamina serta tenaga untuk keesokan harinya...Aku bingung laa...

Aku keseorangan di ruang tamu di kala ini...nak ajak rakan serumah teman dah berborak..semuanya dah tido...ermm..takkan aku nak ganggu..nanti tak pasal-pasal aku kena flying kick...Nasib baikla aku ada blog ni sebagai peneman aku di malam hari...kadang tu niat memang nak menulis apa yang terpendam, apa yang ingin diluahkan, apa yang ingin dikongsikan..tapi!!!!!....?

Aku ni bukan orang sastera ker...apa ker..aku bukan nya pandai nak mengarang ayat atau cerita nie...sebab itula aku jarang atau tidak berapa kerap 'UPDATE' blog aku nie..hanya pada masa tertentu saja baru aku 'UPDATE'...Aku taku penulisan aku ini akan ditertawakan oleh blogger2 yang lain yang lebih handal dari aku...

Tapi tidak mengapa la..As Long As, im trying to do that...makin lama makin la kan...bak kata pepatah 'no matter what u think or you want to do..just go for it & try to get it'...


WHO CARES?

Ade aku kesah?
Aku tak macam kau buat itu ini...
Jiwang sana sini...
Update status FACEBOOK itu ini..
Orang lain pun update gak, tapi tak la macam ko...

Ade aku kesah?
Aku tak macam kau desperate gila babi..
Couple sebab nak tunjuk kau berkarya seni..
Bercinta konon nak buat bini..
Cakap kat orang kau laki sejati..

Ade aku kesah?
AKu tak macam kau rembat publisiti..
Heboh nak dapatkan simpati..
Tak berkawan sebab tak mempercayai..

Satu kau kena ingat!
Kau ingat DEGREE kau ada kawan sejati dengan perangai kau macam ni..?

Hey! Aku boleh hidup la tanpa kau..
Mungkin kau tak perlukan aku,
tapi hakikatnya berjuta kali yang masih percayakan aku...

Wednesday, December 22, 2010

OLDTOWN VS TRON

TRON


Semalam 22 Disember 2010,
Semalam aku balik awal..pukul 6.00pm aku dah balik dah...badan aku rasa x sedap..mungkin semalamnya aku g jogging 6KM..mau tak nya, dah 3 minggu aku x jogging...pastu tiba-tiba jogging secara drastik..terkejut la semua anggoya badan aku nie...ermmmm...ingat nak jogging gak..tapi tgk cuaca cam nak menangis jer..so, tak jadila aku nk bersukan ari ni...Aku terus menuju ke rumah..

Sampai di rumah, aku tgk housemate-housemate aku ada, zaki & Latif..baru aku nak landing kat katil idaman aku tue, tiba2 zaki ajak aku ke KL, nak lepak-lepak katenya..Aku tanya zaki Siapa yang ada?..dia kate Hisham, Lisa dan Adik...ermmm, ok la aku cakap..lama gak x lepak-lepak dengan dorang semua..

Tambah brlengah-lengah, aku terus ke dapur mencapai towel aku yang tersidai di pengampai pakaian...aku terus menuju ke bilik air..mandi air panas..perghhhhh, best giler...memang lama la aku men air..lagi-lagi dapat mandi air panas nie...terbaek la...hahahaha...

Sette semua, kita orang bergerak la ke KL...sampai je di OLDTOWN Jln. Tap Kwan Seng...aku tgk2 x ramai la orang..ok la...aku memang x suke tempat yang ramai sangat orang nie..rimas dan berserabut kepala otak aku nie... Hisham, Lisa dan adik dah sampai dulu...Tanpa berlengah lagi, aku terus memesan makanan..aku order MEE Kari & Orang Smooties...Kita orang lepak sampai pukul 11.00pm camtu laa..

On the way nak balek, tiba-tiba BB zaki berbunyi..dia tgk, pastu dia tanya aku 'Weh!, nak tgk wayang tak?'..aku jawab, ok jer..movie apa...Zaki kate TRON...ermmm cam best gak..aku pon belum tengok lagi movie tu...layan laaa...Aku tanya Zaki ' Sape text ko tadi?'..Zaki  kate Acik LEE..

Wayang kita orang start 12.15am...so sempat lagi la...xder la kita orang nak rushing rushing nie...slow2 jer bawak kereta...malam ni zaki yang drive...aku x larat nak drive...sakit kaki...Sampai MIDVALLEY, acik & ayed sedang makan kat mcD...Tepat 12.20am kita orang masuk wayang...bole kira la berapa orang jer yang ada dalam panggung..maybe MIDNITE kot..n besoknya orang nak keja..so, tak ramai laa yang dtg tgk...hehehehehe

KESIMPULAN MOVIE TRON?

Bagi aku, cerita TRON ni bole dapat 3.5 bintang je la kot...ikut pandangan aku la...orang len aku tak tahu la...lantak laa...Jalan ceritanya biasa laa...tak berat sangat laa...cuma pujian yang aku bole bagi in term of 3D & CGI yang digunakan laa..memang terbaek la...ada 2 3 perkara lucu la yang berlaku sepanjang tayangan itu...aku sampai keras keras perot dik kerana tahan gelak...Abis tayangan pukul 2.30am...aku dah mula mengantuk..aku ajak Zaki terus balik la..dah tahan sangat dah mata nie...ermmm...Aku & Zaki pon pulang ke Shah Alam...

Thursday, December 16, 2010

HATI ITU MILIK SIAPA?

Teringat suatu tika dulu..
Sebelum ku miliki hati itu
Pernah ku melafazkan janji kepada Si pemilik Hati
Untuk taat setia
Menyentai sepenuh hati
Tiada duanya lagi...

Pernah jua
Ku taburkan janji manis
Sanggup ku daki gunung tinggi
Sanggup ku redah hutan merimbun
Sanggu ku rentas lautan api

Yang pasti..
tak kan ku biarkan tergoyah dan tergugat
Rasa cintaku kepada Si pemilik Hati
Kan ku jaga dan pelihara hati itu
Dari fitnah dunia
Nafsu yang menjanjikan keseronokan

Namun..
Tiba-tiba ku tersedar...
Hati itu sebenarnya bukan milikku
Hanya pinjam seketika waktu
Sementara roh masih di jasad

Berfikir...
Hati itu milik SIAPA?

Sunday, December 12, 2010

AKU REDHO!

Bulan Disember 2010, memang bulan yang aku tak dapat nak lupakan..pelbagai DUGAAN yang aku perolehi pada bulan ini...tapi aku amik ianya sebagai POSITIF kerana aku tahu, setiap DUGAAN yang diberi pasti ada sebab yang tersirat atau tersuratnya...Aku berpegang pada pepatah yang mengatakan 'Jangan Cepat Melatah'...tgk DUGAAN itu dari sudut perspektif yang berlainanan...pasti akan ketemu jawapan nya...

Wednesday, December 8, 2010

NGANGKUNG

2 minggu lepas aku gi tgk citer NGANGKUNG kat WANGSAWALK, aku gi tgk dengan member aku Amirul Fitri, dia adik member aku..saje kuar lepak dengan dia sebab lepas nie, dia nak masuk training ASKAR dah...ujung bulan satu t dia lapor diri...memang dah susah la kalo aku nak jumpa dia nie...so, der masa terluang nie..kitaorang pon kuar la hangout sama-sama...orangnya memang CERIA dan pandai ajer buat lawak...ada ajer citer yang nak dibahankan...hahahaha...

Aku amik si Fiq ni kat umah kakak dia kat SETIAWANGSA...ujan lebat giler on that day..tapi dah janji nya pasal...redah aje ler...redho!!!! pastu kitaorang terus ke WANGSAWALK...sampai-sampai jer terus gi wayang beli ticket...nasib baek la ader ticket...kalo x, kempunan la aku nak tengok citer tue...

'Ngangkung' adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa 'barang' untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama, lembing, parang atau apa-apa ajer la yang bole dianggapkan sebagai benda keramat...tujuannya untuk pemujaan.


Filem ngangkung mengsahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isterinya iaitu Suri serta anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan 'kaki ekor' dan aktiviti memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim pada dasarnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya itu tetapi kahirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan rakannya Tasnim yang berjaya mengubah gaya hidup setelah memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Akhirnya Azim turut ngangkung..maka terjebak la Azim dalam dunia penyesatan ini...ini semua berlaku tanpa pengetahuan isterinya. Bermula dari situ la, pelbagai kejadian aneh dan pelik berlaku di dalam hidup Azim serta 2 orang lagi rakannya. Mereka mula diganggu oleh Hantu.

Bagi aku cerita ngangkung nie ada baek dan ada buruknya...kalo korang nk tau..kena menontonnya..hehehe..saje bagi suspen ckit...hahahahahha...yang penting, awal-awal babak dah gelak bagai nak pecah pewot...Si Fiq ni sampai tersembur-sembur la pop corn...nasib baek  la x sampai ke orang depan...kalo tidak..naya la aku nak menjawap..ermmm..aku pon nak ketawa sakan gak...tau la kan kalo aku gelak camne...tapi kawal gak la...sampai keras la pewot aku ni dibuatnya...ermmm...






Thursday, December 2, 2010

BERSARANG

Salam semua, terasa lama je aku tak UPDATE blog aku nie..macam dah nak bersarang dah rasanya..hehehe...Lately ni aku tersangat la BZ...banyak je benda aku nk kena settlekan..kepala pon sakittt...ermmmmmmm