Wednesday, December 8, 2010

NGANGKUNG

2 minggu lepas aku gi tgk citer NGANGKUNG kat WANGSAWALK, aku gi tgk dengan member aku Amirul Fitri, dia adik member aku..saje kuar lepak dengan dia sebab lepas nie, dia nak masuk training ASKAR dah...ujung bulan satu t dia lapor diri...memang dah susah la kalo aku nak jumpa dia nie...so, der masa terluang nie..kitaorang pon kuar la hangout sama-sama...orangnya memang CERIA dan pandai ajer buat lawak...ada ajer citer yang nak dibahankan...hahahaha...

Aku amik si Fiq ni kat umah kakak dia kat SETIAWANGSA...ujan lebat giler on that day..tapi dah janji nya pasal...redah aje ler...redho!!!! pastu kitaorang terus ke WANGSAWALK...sampai-sampai jer terus gi wayang beli ticket...nasib baek la ader ticket...kalo x, kempunan la aku nak tengok citer tue...

'Ngangkung' adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa 'barang' untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama, lembing, parang atau apa-apa ajer la yang bole dianggapkan sebagai benda keramat...tujuannya untuk pemujaan.


Filem ngangkung mengsahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isterinya iaitu Suri serta anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan 'kaki ekor' dan aktiviti memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim pada dasarnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya itu tetapi kahirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan rakannya Tasnim yang berjaya mengubah gaya hidup setelah memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Akhirnya Azim turut ngangkung..maka terjebak la Azim dalam dunia penyesatan ini...ini semua berlaku tanpa pengetahuan isterinya. Bermula dari situ la, pelbagai kejadian aneh dan pelik berlaku di dalam hidup Azim serta 2 orang lagi rakannya. Mereka mula diganggu oleh Hantu.

Bagi aku cerita ngangkung nie ada baek dan ada buruknya...kalo korang nk tau..kena menontonnya..hehehe..saje bagi suspen ckit...hahahahahha...yang penting, awal-awal babak dah gelak bagai nak pecah pewot...Si Fiq ni sampai tersembur-sembur la pop corn...nasib baek  la x sampai ke orang depan...kalo tidak..naya la aku nak menjawap..ermmm..aku pon nak ketawa sakan gak...tau la kan kalo aku gelak camne...tapi kawal gak la...sampai keras la pewot aku ni dibuatnya...ermmm...






No comments:

Post a Comment