Tuesday, December 29, 2009

Aku Bengang AKu Bosan

Hurmm.. cuba dibayangkan kalau hidup kita sentiasa dipenuhi dengan kejutan, kegembiraan, dan sesuatu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum.... alangkah indahnya kehidupan itu.. tapi aku bengang, mengapa aku tidak mendapat semua itu.. walaupun sekali.. untuk cuti ini... aku bosan, aku terus saja melelapkan mataku tika cuti ini.. tiada perkara yang aku boleh lakukan.. selain daripada melakukan kerja kerja yang telah mejadi kewajipan pada diriku. Entah mebgapa, dulu aku sering dihantui oleh perkara yang menyeronokkan.. 

aku mahukan sesuatau yang berlainan.. rak makanan empty, peti ais.. cuma sisa2... apa yang aku nak buat.. exercise... ke mana??.. amik gambo??.. how?.. nak bergaduh tak tentu hala ngan teman aku?... saja cari pasal... dah boring namanya... lepas 2-3 minit.. berbaik la.. malam kang gaduh lagi... hehehe... best tw kehidupan cm tue... terseksa orang oleh aku...hehehe...

dah la mate aku xder..lagi la bosan : p/s. weh cepatla balik sini..bosan dowh aku ko xder...nak gaduh2 pon xder orang...rrrrrrrrghhhhhhh!!!!!

oke larh... bengang aku + bosan aku...

Sunday, December 27, 2009

OTAK BERNANAH!

Minggu lepas memang minggu paling bz buat aku...banyak giler keja aku kena handle..load keja pun melambak2...erm...nak wat camne kan...dah diberi tugasan...so kenala jugak commit to sumbit the job kan..kalo x buat kang kena hamuk plak kan...ermm....Plan cuti terpaksa aku cancle kan last2 minute..ermmm...

Aku kena handle 2 job besar gak laa...1 tender one of big company...1 satu biasa n internal..tapi masing2 perlukan idea yang giler2...dah naik bernanah otak aku nie mikior kan nya...tapi...alhamdulillah..semuanya sempat d'settlekan...ikut ape yang dikehendaki laaa....

Friday, December 18, 2009



DAVE HILL PHOTOGRAPHY


Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkan aku untuk berkongsi cerita dan idea bersama sahabat pembaca.

Setelah sekian lama gak la aku cuba mempelajari teknik "EDIT" gambar HDR & DAVE HILL...akhirnya aku berjaya gak...berkat ketekunan dan kegigihan..inilah hasilnya...aku amat berpuas hati la...buat setakat ini...but, that's a lot of technique and skill that i have to learn and learn...


Monday, December 14, 2009

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkan aku untuk berkongsi cerita dan idea bersama sahabat pembaca.

Pada 4 Disember 2009, aku telah ke Muar lagi...member aku kawen..Anuar Shakir dan Ummi Nadra..actually..dorang tu bukan la member sekolah or member sepermainan aku masa kecik-kecik dulu..dorang tu kawan housemate aku zaki_become office mate aku..n segala laa...kitaorang bertolak dari shah alam pukol 11.45pm..agak mlm gak la...aku bawak keta aku "WHITE ANGEL" aku tue...zaki plak bawak keta dia...2 keta dari shah alam..kitaorang ber-6 dari shah alam..keta aku : aku+mizi+Gjole & keta zaki : zaki+reza+alle..

Kitaorang singgah rehat jap kat RnR Seremban..pekena nescafe...wat ilang ngantok...around kol 1am kitaorang sambung perjalanan semula menuju je Muar...we all sampai muar around kol 3am...agak dingin la ketika itu...sejuk...kampung kate kan...we all straight to Mizi House...aku dak cik li..tido umah mizi..reza follow zaki balik umah dia...

Like usual la..kalo dah over limit time tido aku nie..it's to difficult la for to sleep kan..so aku lepak2 la tgk astro..layan laa citer2 ape2 kat astro tue...dat time...Sofi tak tido lagi..abg ketiga mizi..his farmer..toke lembu tue...banyak duit sehhh....

Keesokkannya 5 Disember 2009, tarikh keramat bagi pasangan mempelai...mereka akan bernikah pada pukol 2pm...


Upaca pernikahan berlangsung dengan jayanya..alhamdulillah..semuanya baek-baek ajer...tapi cam biasa laa...bakal pengantin..nervous yer..berpeluh-peluh gak la....aku,zaki dan mizi masing-masing xlepas la dari lensa kamera...klik sane...klik sini...klik klik klik klik..


Majilis selesai around kol 3.30pm camtu la..kalo tak silap aku la...pastu ader jamuan makan n sesi bergambar di pentas singgahsana raja 2 hari...hehehhee




MAJLIS PERSANDINGAN KEDUA MEMPELAI

Pada 6 Disember 2009, berlangsungnya Majlis Persandingan Kedua mempelai...same cantek sama padan...sesuai sangat..hehehhe...sedondon jer katenya...ahaks...Kedua mempelai mengenakan Busana Bewarna Emas...May be tema dorang GOLD kot...Di Raja la katenya..hehehehe...ape-ape pun...its very simple wedding...makanan pun sedap....i loike it...banyak gak la aku makan...maklumla..nak amik Energy...coz' nak cover wedding dorang nie kan...we all ni photographer bebas jer..saje jer snap rakan-rakan kawen kan...





Majlis abis around kol 5pm camtu la...aku balik cepat...mls nk lepak lame2...ngantuk..pas pekena nasik minyak...pergh...memang berat giler mate aku nie...aku ajak abg aki balik...the rest stay..lepak-lepak ngan pengantin..bergambar segala...Akhir kata..aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat ANUAR & PASANGANNYA....semoga berkekalan ke anak cucu yer....


Saturday, December 12, 2009

Sedih, Kesedihan, Bersedih...atau...sedey laaa!!!!

Bersedih boleh meminimakan nilai hidup.. Kenapa perlu bersedih? Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut situasi dan keadaan..

Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadikenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..

Aku rasa la kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..

Sedih itu pilihan? Salah! Aku tak setuju.. Memang perlu bersedih tapi bukan menjadikannya pilihan..

Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan?

Dulu aku sangat hirau dengan sekeliling.. Semua ambil pusing.. Setiap kata aku simpan, setiap cacian aku sematkan.. Tapi semuanya bukan kearah kecermelangan kegemilangan dan keterbilangan.. Semuanya bersifat kebencian kedengkian dan kelakhanatan.. Akhirnya aku biarkan mulut busuk itu terus menyebarkan ketengitannya tanpa aku menhirup baunya..

Tapi kadang kala tu bengang gak laa..senang-senang jer nk mencaci,membawa mulut kan..cakap tak pandang kiri dan kanan...ikut sedap jer...

Dulu sedih juga berpisah dengan kekasih sendiri.. Tapi bila difikarkan untuk apa? Bunga bukan sekuntum (bosan sudah aku dengar pepatah yang ini) biarpun bukan semua bunga tidak mahu kepada kumbang ini, tapi si kumbang akan terus juga mencari madunya (kena faham maksud sebenar yang ini)....

Sunday, December 6, 2009

Aku Siapa?

Aku..
Aku letih..
Aku penat..
Aku lemah..
Aku tak kuat..
Aku bosan..
Aku buntu..
Aku bingung..
Aku sedih..
Aku kecewa..
Aku hampa..
Aku menderita..
Aku terseksa..
Aku keliru..
Aku menangis..
Aku ketawa..
Aku tertekan..
Aku dan aku..
aku pun sendiri tak tahu..
Aku adalah aku leerrr,
siapa lagi nak jadi aku..!!
Aku bukan kau,
Kau bukan aku,
Kau kau la,
Aku aku la..
Ish..Ish..
Apa sudah jadi dengan aku..

Friday, December 4, 2009

Selamat Hari Lahir

Sedih dan kecewa rasa di hati ini. Bila kita beria-ria untuk menghantar sms kepada dia untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" tapi hancur hati ini apabila mendapat balasan seperti ini "Thanks, siapa ni ye?". Terfikir sejenak, adakah aku tersalah nombor?. Atau hanya aku yang mengingatinya sedangkan dia sudah pun melupakan aku. Hanya aku yang menyimpan nombornya di dalam h/p aku tapi dia tidak. Aduh, rasa sedih dan terhina yang teramat sangat..

Tidak mengapalah, siapalah aku untuk dia terus mengingati. Hanya seorang insan yang tak punya apa. Orang kalau dah tak ingat pada kita apa lagi boleh buatkan, bungkus beg jalan lah woi..

Buat dia yang sudah melupakan aku, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke-26 tahun". Semoga perjalanan hidupmu sentiasa mendapat keredhaan dariNya..

KEHILANGAN?

Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkan aku untuk berkongsi cerita dan idea bersama sahabat pembaca.

Aku akui , kebelakangan ini hari-hari yang dilalui agak suram, kilauan cahaya tidak seindah waktu atau hari-hari yang lepas, tetapi aku akur, sebagai manusia, ini adalah lumrah yang perlu aku lalui sebagai hambaNYA, adakala terang adakala gelap adakala bertenaga adakalanya suram.

Apa pun aku ikhlas redha dan tawakal atas perjalanan kehidupan yang perlu aku lalui.kerana saya yakin ALLAH itu maha adil, setiap kita akan melalui proses yang sama, peluang kita seimbang. Sentiasa mempunyai peluang untuk berjaya dan gagal. Apa pun seperti yang pernah nyatakan sentiasalah berdoa untuk memiliki keteguhan hati.

Hidup kita akan sentiasa seimbang, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Kita sentiasa ada peluang untuk memiliki, malah kita juga tidak dapat lari dari rasa kehilangan. Selagi kita diberi peluang untuk memiliki selagi itulah kita sentiasa terdedah kepada risiko kehilangan.
Jadi sekiranya kita sentiasa berusaha untuk memiliki, jadi bersedialah untuk menghadapi sebuah kehilangan. Jadi untuk kehidupan yang lebih seimbang kita tidak perlu tamak banyakkan bersyukur, redha dan tawakal atas apa jua anugerah yang diberikan.

Pernah korang rasa bingung mencari sesuatu yang hilang? aku yakin korang akan rasa lebih bingung jika anda tidak tahu apa yang dicari. “Ada yang merasa kehilangan dalam diri, tetapi tidak memahami apakah yang dicari sebenarnya.” Maka, pencarian itu tidak pernah selesai, kerana tidak akan pernah bertemu apa yang dicari.Ya, Bagaimana untuk bertemu apa yang dicari, sedangkan diri sendiri tidak pernah tahu apa yang dicari.

Bagaimana untuk mengatasi masalah kehilangan ini?

Thursday, December 3, 2009

Aidiladha 2009


Sambutan Aidiladha kali ni memang paling best la buat aku sebab tahun ni aku menyambutnya di tempat lain...aku menyambutnya di Muar, Johor...kg housemate aku...memang aku dah plan pun tahun nie nak beraya kat kg dia..sebab tahun nie mak dia wat korban...lagi pun member aku memang toke lembu...so bole laa aku rasa pengalaman camne wat korban kan...selama nie tgk jer...ni tolong lapah-lapah segala laa....

memang seronok la buat korban nie sebenarnya..walaupun penat..tapi berbaloi la..patutla ramai orang suke buat dan menolong ketika korban...seronok...havoc laa..meriah laa...Raya kali ni kena hari jumaat...so  ader 2 khutbah laa...1st pagi khutbah raya n thari khutbah jumaat plak..Anyway thanks to my housemat@zaki coz invite me tuk beraya kat kg ko k..best giler..n thanks to cikgu Ali dan anak-anak nya yang cekap ketika bekerja sewaktu ibadah korban dijalankan...hehehhe...

Mula-mula aku agak cuak la..mau tak nya....tgk lembu tu cam nak mengamuk jer...aku ape lagi..langkah la ke belakang sikit-sikit..hehehhe..takut kena penyepak...kang tak pasal-pasal bersepai tulang rusuk aku nie...


Kita orang start korban after jumaat around kol 3pm camtue la..petang tue 3 ekor lembu dikorban kan...lembu pertama yang kena korban lembu zaki la...besar dowh lembu dia...ganaz giler...agak sukarla nk tumbang kan nya...tapi kita kan ade pakar2...hehehhe...kejap je settle semuanya...

Bab korban yang paling aku suke adalah time lembu nak kena sembelih...cool beb!....zrupppppppppp pisau menerpa kat batang leher lembu...tau dah mnyembur dah darah...darah lembu ni jgn la cakap bnyk nya...cam air paip la...

Hari Raya Korban tahun ni memang paling best la buat aku...banyak experience la aku dapat...dari pelbagai aspek laaaa....




 Akhir kata...

Wednesday, November 25, 2009

ANGGUN

meski hati tak rela.bila dunia tak lagi untukku.sampai waktunya aku sendiri.hidup yang ku tak pasti.langkahku terhenti.tak mampu berlari.saat tangan yang digenggam.engkau lepaskan.aku.bernafas tanpa udara.tangisku tiada air mata.kerana.semuanya berlalu manghilang.dan tak akan kembali.ku cuba menutup mataku.bila ku lelah untuk hidup.namun semuanya berubah di saat engkau hadir.kau yang anggun.kau yang telah membuat aku kembali.ke jasadku.yang telah mati.dan.kau sinarku.cahaya yang terang.untuk perjalanan yang lurus di.dunia sementara.mengejar masa itu pasti.buat aku.dan bersyukurku akannya.

Semoga kehadiran itu membuatku tidak alpa pada kehendak dan keinginan semata-mata.

KORBAN


Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Apa-apa pun...Pada korang semua..aku mengucapkan Selamat Hari Raya aidiladha...

Tuesday, November 24, 2009

Tanggal 24 November 1983!



Arini 24 November 2009..sebenar tarikh yang paling bermakna buat salah sorang kawan aku iaitu "EFFA"...arini birthday dia...anyway "Happy Birthday To You"...yang ke 26 tahun..aku pun lupe benorya arini birthday dia..nasib baik kakak dia kak "YANA" call aku...cakap nk wat surprise party tuk "EFFA"...baru aku tau..hehehehe..maaf yer "EFFA"...


*Chocolate Indulgence-my favourite cake


tuk birthday dia kali ni memang meriah dengan kek-kek laa...ader 3 jenis kek laa...satu Chocolate Indulgence 2 Moist Chocolate...memang melantak je la aku arini...makan kek sampai pengsan tema arini...hahahahahhahaha.... 


*kawan-kawan effa


Lepas je sambut kat opis kak "YANA"...kitaorang sambut plak birthday dia kat opis kita orang...buat kat opis bawah...bahagian Admin nya opis...mastermind dia cik Zulia kita la...HR kan..semuanya dia tau....hik hik hik...thx Zulia


* mastermind kita...cik Zulia


* rakan sekerja yang sama member kejutan


* cik HR kita menyerahkan Kek pada Birthday girl

makan-makan..tu jela tema arini......

Tuesday, November 17, 2009

Oh my PRADA!



Last sunday aku gi tengok wayang...cam biasala..kami bertiga..aku+zaki+allee...kitaorang book pukol 4.20pm kat Bukit Tinggi Klang...sepatutnya kita orang kena sampai amik ticket 45minute early...tapi..atas sebab2 tertentu...we all terlambat...cam besala..bila lambat...ticket pun dah terjual..tapi nasib baek ader gak ticket...tapi paling best 3 row dari depan la....memang mendongak la tgk..tapi xper..clear..xlah jadi typewriter...klik klik klik...sreeeetttttt......cklik kli...ahaks...



maya & fazura memang best la dalam citer nie..memang berkesanla dorang menjiwai watak dorang...hehehe...2 2 gedik+cantek+seksi+intelligent...perfect package laaaa...hehehehehe...diganding plak ngan Aaron Aziz yang sememangnya kita tau dan sorang lagi tue Shahredza Minhat (GIGI BESI)...hehehehehe...shuweeetttttt je dorang tue...hehehehe...



words yang paling aku suke dalam citer ni "OH my PRADA"..."OH my GUCCI"...memang cute je bila fazura cakap...satu panggung gelak la...


Jalan citer dia ringkas laaa...it's easy to understand and full of metaphor....bila tgk baru tau la...GEDIKS!


Monday, November 16, 2009

Men's Party!



video

Setelah sekian lama aku tidak menghadari party...birthday party ke..farewell party ke..ape2 la party yang dianjurkan...Pada 14.11.2009..aku dijemput ke sebuah Birthday Party..party tu dibuat di Red Bok Plus Pavilion, KL...aku penah pergi RedBox tu sekali jer...coz aku jarang sgt ke karaoke nie..

Actually, birthday party ni adalah birthday "Pakcu" boss tempat aku selalu wat freelance wedding...dia ni memang hebat la in term of flower decoration n wedding..memang expertise diala...

Party yang dianjurkan ni xlah beasr sgt..private party jer..only men jer...cuma on the nite...ader sorang jer women yang dtg..xper..tapi dia x lama...after sejam...dia balik...Party tu start jam 7.30pm dan abis pukul 2.30am...giler kan...lame giler la kita orang menyanyi..hehehehehe...

sampai-sampai jer..ape lagi..amik makanan laa...melantak bagai nak giler,,sampai senak la pewot...katenya nak kumpul tenaga..hehehehe..padahal...dah sengkak...nak nyanyi pon..xbole..termengah-mengah2...sompot la...hehehehehe....

 Tema kita orang malam tu "Blue jeans & Black top"

Birthday Buddy on the nite

Malam tu, seperti biasa laaa....birthday buddy la yang paling banyak menyanyi...hampir kesemua lagu la dia nyanyi..xper..."HARI DIA"..so...gasaklaa...sampai sakit-sakit tekak laa...serak giler la suara...ahaks....


The only one women on the nite...she's so sporting.

Memang malam tu only men jer..coz staff dia sorang je permpuan..."ISLAMIC" plak tuk kan....so x kan la dia ni pi kan..bergasak-gasak n bercampuran...so memang gurlz xder la malam tue...


dari kiri : b'roi . aku . pakcu . zaki

B'roi memang paling cool la mlm tue..diam ajer...senyum jer..nak dengar suara dia...alamak..memang susah laa...puas suwekan mic...xmo gak nyanyi nya..xper...
anyway..thx for him coz banyak menjayakan party nie...ape orang kate..."Orang kuat laaa"..,camtula bunyi nya...


dari kanan : zaidi . pakcu . reen . zali@mak hayam shima....kelasss

all 4 mens kat atas nie memang superb la...memang malam tu dorang pukul abis laaa..hehehehe..lagi-lagi si zaidi tue..haiyoo...smua lagu la dia tau...paling best...dia bawak lagi Ziana Zain tue...sampai k key Ziana...Pitching dia memanh kelas laaa...tabik ckit kat Zaidi..hehehehehe...dah macam reality TV plak.."Akademi Kertu"...kakakaka


dari kiri : zaki . aku . allee

kita orang memang camni la...sentiasa bersama..kemana saje pun..hehehe...senang...masing-masing paham diri masing-masing...so senang laa....nak emo-emo pun x kesah....malam tu aku nyanyi 5 buah lagu...dah cukup kot..len menyampuk-nyampuk je lagu orang..ahaks...

suara zaki & allee memang best..masing-masing ngan style masing-masing..smua nya nak tunjuk belang la kan...bila lagi..hehehehee...menguji VOKAL katenya...hehehehe...


Little cute ADAM...peace!!!!

Budak ni la buah hati pakcu...dia ni anak angkat pakcu...pakcu bela dia dari kecik lagi...ADAM memang manje giler ngan kita orang...mula-mula nampak pendiam..bila dah kenal...memang gamatla dibuatnya..penyeri majlis la...


pakcu & nora hendon

Pakcu & Nora hendon same-same celebrate birthday...dorang same date lahirnya...bezanya malam dan siang...pakcu siang...nora malam..agaknya nya...tgk kulit...hehehehhee...jgn mara nora..i'm juz joking...to make sumeting interesting jer....hehehehhe....sloroh jap!!!!


kami semua pada malam 14.11.2009

Malam tu sepatutnya aku datang ngan member aku sorang lagi...dah janji dah..tapi...phone aku bunyi..aku tgk ader 2 missed call n 3 sms..ak check rupenya "DIA"...dia cakap dia tersangkut kat jem...on the way dari sg.buloh..on the day ujan lebat..so memang jem teruk kate si "DIA" la....aku cayakan ajer laa..mls nak bertekak-tekak kan...masuk federal pin dia kate jem..n his decide to back home  jer...coz his so tired n can't coming...ermmm...i juz said...ALWAYS....

Malas nak sentap-sentap...coz mlm tu memang nak enjoy...so aku lupakan je dia...continue dengan party tue...Party we all abis kol 2.30am...amik-amik gamba...abis kol 3am...kitaorang pun balik shah alam...badan pun dah bau rokok yang teramat kuat....