Friday, December 4, 2009

KEHILANGAN?

Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkan aku untuk berkongsi cerita dan idea bersama sahabat pembaca.

Aku akui , kebelakangan ini hari-hari yang dilalui agak suram, kilauan cahaya tidak seindah waktu atau hari-hari yang lepas, tetapi aku akur, sebagai manusia, ini adalah lumrah yang perlu aku lalui sebagai hambaNYA, adakala terang adakala gelap adakala bertenaga adakalanya suram.

Apa pun aku ikhlas redha dan tawakal atas perjalanan kehidupan yang perlu aku lalui.kerana saya yakin ALLAH itu maha adil, setiap kita akan melalui proses yang sama, peluang kita seimbang. Sentiasa mempunyai peluang untuk berjaya dan gagal. Apa pun seperti yang pernah nyatakan sentiasalah berdoa untuk memiliki keteguhan hati.

Hidup kita akan sentiasa seimbang, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Kita sentiasa ada peluang untuk memiliki, malah kita juga tidak dapat lari dari rasa kehilangan. Selagi kita diberi peluang untuk memiliki selagi itulah kita sentiasa terdedah kepada risiko kehilangan.
Jadi sekiranya kita sentiasa berusaha untuk memiliki, jadi bersedialah untuk menghadapi sebuah kehilangan. Jadi untuk kehidupan yang lebih seimbang kita tidak perlu tamak banyakkan bersyukur, redha dan tawakal atas apa jua anugerah yang diberikan.

Pernah korang rasa bingung mencari sesuatu yang hilang? aku yakin korang akan rasa lebih bingung jika anda tidak tahu apa yang dicari. “Ada yang merasa kehilangan dalam diri, tetapi tidak memahami apakah yang dicari sebenarnya.” Maka, pencarian itu tidak pernah selesai, kerana tidak akan pernah bertemu apa yang dicari.Ya, Bagaimana untuk bertemu apa yang dicari, sedangkan diri sendiri tidak pernah tahu apa yang dicari.

Bagaimana untuk mengatasi masalah kehilangan ini?

No comments:

Post a Comment