Monday, January 31, 2011

BOSS?

Dalam alam pekerjaan tentunya ada banyak permasalahan antara pekerja dengan ketua atau lebih tepat “boss”.Setiap syarikat mempunyai ketua masing-masing yang diberi amanah untuk menjaga perjalanan syarikat supaya berdaya maju dan memberi keuntungan.Bila sebut sahaja ketua atau boss tentu anda ada pengalaman pahit dan manis bila melayani karenah ketua masing-masing.Ada boss yang memang betul-betul berupaya menjadi ketua yang baik dan ada juga boss yang kurang pengalaman dan pengetahuan terhadap kerjanya,yang menghairankan macam mana boss itu mendapat jawatan tersebut.

Sikap seorang ketua memang berlainan,ada boss, yang pagi-pagi hanya tahu marah-marah tanpa sebab,ada boss memang jenis hanya buat hal dia sendiri,tanpa menganggu pekerjanya,cuma jika ada apa kerja atau laporan yang tidak lengkap,maka anda akan dipanggil berjumpa dengannya,kalau dapat boss yang semacam ini rasanya anda akan aman setiap pagi.

Bagi pekerja biasa seperti kita tentulah hendak dihargai dan dijaga kebajikan kita,walaupun kita dibayar setiap bulan namun kita juga membantu syarikat menjalankan perniagaan mereka.Kita juga mengharap sedikit penghargaan tidak semestinya berbentuk wang. Cukup sejadar dari mulut sahaja mampu menaikan semangat kita untuk memberi khidmat yang baik pada masa akan datang.

Pernahkah hasil kerja anda dihargai oleh ketua masing-masing? atau anda yang bertungkus lumus sehinggakan tidak tidur, abaikan keluarga sementara demi tugas untuk ketua anda? bila anda berjaya menyiapkan tugas dengan jayanya maka ketua anda yang mendapat nama. Rasanya ramai yang pernah alami situasi begini.

Kadang-kadang kita juga merasa tidak dihargai oleh ketua, contoh yang ringkas.Jika kita terlewat hanya 5 minit pada waktu kerja yang ditetapkan,tentunya kita akan mendapat “surat cinta “tetapi bagai mana pula jika kita balik lewat dalam erti kata “kerja percuma”selama 1jam atau 30minit untuk ketua,adakah itu diambil kira?

Memang sudah lumrah manusia, hanya nampak yang buruk dan jelek sahaja, kebaikan kita langsung tidak diharga! 

No comments:

Post a Comment