Thursday, January 6, 2011

DATANGNYA 2011

2011! apa ada dengan angka ini?...Adakah ianya sekadar angka? peristiwa yang bakal berlaku? kenangan yang akan terjadi? atau sebagainya...

Bagi aku 2011 adalah satu angka yang menunjukkan perubahan pada USIA aku serta KERJAYA aku...di tahun 2011 ini, umur aku telah menjangkau 27tahun..perghhhh...3 Tahun lagi aku akan menuju ke level 3 Series..dan pastinya isu KAHWIN akan menjadi topik perbualan di kalangan ahli keluarga aku, lagi lagi tahun ni adik ke-4 aku akan melangsungkan perkahwinan nya serta cousin aku juga akan melangsungkan perkahwinan nya pada 1st May 2011 ni nanti...Memang aku kena tahan telinga je la bila ada aunty2 & uncle2 aku yang mengajukan soalan cepu mas tue...daj jawapan nya telah aku sedia kan iaitu 'Belum jumpa calon lagi..seru tak sampai lagi'..itulah ungkapan yang akan aku guna untuk membidas persoalan mereka mereka itu...kakakakakaka...

Alhamdulillah dan aku bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana telah melimpah kan rezeki untuk aku pada tahun 2011 ini, awal-awal tahun lagi aku telah mendapat surat kenaikan PANGKAT..hehehehhe..kalo naik pangkat ni, pasti GAJI pon naik la kan...hahahaha...aku suka aku suka aku suka!!!!!..hureyyyyyy..TQ bossss...tapi bape ek kenaikan itu?....Nerves plak tiba-tiba. Bila dah naik pangkat ni..pasti tanggungjawab pon lebih berat la kan...takper..i can do it!...aku akan cuba sedaya upaya aku...walaupun aku bertubuh kecik...tapi semangat aku kental bak besi waja.

Bila datangnya tahun baru..pasti ada dikalangan korang semua telah berAZAM kan?..betul tak?...aku pon ada gak AZAM untuk tahun 2011 nie...AZAM aku :
1. Nak Beli Rumah
2. Nak Kumpul Duit (same je macam azam tahun-tahun yang sudah)..xper AZAM tu penting
3. Nak Cari Pasangan Hidup 
4. KAHWIN?...xkot..lum cukup duit lagi...
5. Modified Kereta aku
6. Maju dalam KERJAYA dan banyakan FREELANCE
7. Berubah menjadi lebih SEMPURNA dan terbaek dikalangan mereka yang terbaek!!!!!!

Tahun 2011 ni aku nak jadi lebih DOMINAN dan AGRESIF dari segi KERJAYA dan LIFE aku...yang pentingnya aku happy dengan apa yang aku buat...'ADA AKU KESAH'  akan menjadi tema aku tahun 2011 ini...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum terlupa, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan kampung aku sebab sanggup lagi nak berkawan dengan aku dan setia menjadi kawan aku..hehehe..

Kenangan aku bercuti di kampung time NEW YEAR hari tu memang aku tak akan lupa kan...dan terima kasih juga pada AMIRUL FITRIE@ fiq sebab sudi jadi peneman aku ketika keberadaan aku di kampung..kenangan lepak tepi pantai malam hari memang x lupa laa..best giler..sambil makan sate rebus, tengok gelagat manusia yang tak reti2 nak tido...tgk kaki pancing yang sanggup berjaga sampai lewat pagi...memang terbaek laa..

Anyway, ucapan selamat menjalani kursus & latihan di PD ni nanti yer...buat yang terbaek k...insyaallah aku akan turun ke PD gak nanti untuk melawat ko kat sana...

No comments:

Post a Comment