Thursday, January 6, 2011

BERAKHIRNYA TAHUN 2010

Sedar tak sedar 2010 telah berakhir, cuma arini aku baru berkesempatan untuk menulis di ruangan BLOG aku ini..semuanya disebabkan MASA atau dalam bahasa lainnya TIME..MASA yang amat mencemburui aku...sentiasa membuatkan aku terkejar dalam membuat sesuatu perkara. 2011 telah hadir dengan cerianya dalam hidup aku dengan menyaksikan kepelbagaian cerita-cerita atau drama...hahahahaha...Sepanjang 2010 terlalu banyak kenangan dan kisah yang tak dapat aku lupakan, ada DUKA, ada SUKA, ada NANGES, ada SAKIT dan sebagainya...tapi semuanya aku harungi dengan tabah & cekal yang berlandaskan sifat SABAR yang aku tanamkan dengan kuatnya. Kerna dugaan pertengahan tahun 2010 menguji aku tentang erti persahabatan dan kasih sayang. Pengalaman itu merupakan kenangan yang aku tak akan lupakan sampai mati...insyaallah kalau tak nyanyok laa...

2010?...terlalu banyak jalan ceritanya..nak diungkapan pasti berjela-jela..dari cerita DUGAAN HIDUP, KAWAN-KAWAN, KERJAYA, KELUARGA, INSAN TERSAYANG, dan harta benda. Aku mula dengan:-

KAWAN-KAWAN :
2010 menyaksikan aku berjumpa dan bertemu serta berkenalan dengan ramai kawan, pelbagai kategori ada..LELAKI, PEREMPUAN, LAKI+PEREMPUAN (paham-paham la yer...), melayu, cina, india & bangsa asing...Paling aku suka, tahun 2010 jugala menemukan aku dengan ramai kawan-kawan lama aku, kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah dan kawan-kawan universiti..dan yang paling aku x lupa untuk 2010 ni adalah seorang kawan aku iaitu Normala Bte Abu Bakar, she's my best friend ever since i'm standard 1 lagi...lama wooo kitaorang kawan nie...suka duka semua kami kongsi bersama...tapi!!!!!ada beberapa part yang x bole kongsi laa..hahahahaa...paham-paham la yer..Setiap kali aku balik kampung..pastinya DIA la orang pertama aku jumpa dan gtau..kalo x, mampus aku kena belasah...hahahahhaa...ayat ayat dia memang makan dalam laa...

Tambah kenalan juga membuatkan aku lebih kenal dunia nie...macam macam ragam laa...kebanyakan kenalan baru aku dari kalangan mereka di FACEBOOK, FACEBOOK?..satu fenomena yang makin menular di seluruh dunia...di situ la aku kenal dan jumpa ramai kawan..di FACEBOOK juga la tempat nak meluahkan isi hati..hahahaha...

Seronok juga ada FACEBOOK nie..hahahahaha...

KERJAYA :
Untuk kerjaya pula, tahun 2010 menyaksikan aku bekerja dengan penuh dedikasi nya...mane tak nya..hampir setiap harila aku balik lewat..mesti balik afer 9.00pm nya..memang la bole claim OT (Over Time)..tapi life aku takder laa..orang lain semua lepas keja bole lepak2  mapley or coffee house or shopping mall...tapi aku?...masih terpacak kat office nie...tapi aku amik ini semua sebagai dugaan & cabaran...Aku diberi tanggungjawab yang agak besar la...aku kena monitor orang bawah aku..kena deal dengan supplier..kena deal dengan printer..kena deal dengan client...memang agak kekok la pada permulaanya...tapi nasib baikla aku ni jenis cepat belajar...Fast Leaner..hahahahaha..Angkat bakul sendiri nampak :) winkkkkkk...

KELUARGA :
Aku menghadapi konflik keluarga juga..pada zahirnya mereka mereka diluar sana pasti nampak aku ni jenis HAPPY GO LUCKY..sebab aku pandai kot sorok kan masalah aku..tu yang membuatkan aku senang untuk didekati dan didampingi..wahhh ayat..tak menahan..lantok laa...Tahun 2010 memberi satu IMPAK yang besar pada seluruh keluarga aku di mana MAK aku kena serangan 'STROK'..memang penyakit ni ramai yang tak suka..tapi dah kena kat family aku sendiri..terpaksala aku hadapi..Mak aku kena STROK bulan Julai...Masa kat Hospital aku jaga mak aku, aku ambil Annual leave seminggu..Aku memang nak jaga mak aku kat hospital, walaupun aku ni bukan anak kesayangan dia...dan bukan anak yang dibela dari kecik sampai besar..tapi aku tetap nak jaga dia, sebab tanpa dia..tak der MOHAMMAD FARIQ di dunia sementara nie..'MAK, anakmu ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kelahiran ini'...Cukup rapi aku jaga mak aku time kat hospital dulu, aku mandi kan, tukar lampin, suapkan makanan & minuman, sikat kan rambut, pakai kan bedak..perghhh, nak meleleh plak air mata aku ni bila mengenangkan semula detik2 aku kat hospital dulu...yerla, mane tak nya..anak yang tak pernah dijaga dari kecik yang jaga dia kat hospital. Menjaga dengan tanpa rasa jijik atau geli...Mungkin ini adalah hasil didikan datuk & nenek aku kot yang membuatkan aku jadi seperti ini...Sejak dari kejadian itu, aku tengok mak aku dah mula nak rapat dengan aku..selalu telefon aku tanya khabar...aku HAPPY, tapi aku masih kekok lagi tuk bermesra dengan mak & ayah aku serta adik beradik aku yang lainnya...tak per FARIQ, take ur time k...

DUGAAN HIDUP:
Ni subjek yang paling HOT untuk tahun 2010 nie...mane tak nya, isu FITNAH la yang paling terbesar dan dasyat yang aku pernah terima...tapi aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku memegang pada pepatah 'Yang salah tetap salah, Yang betul tetap betul' kebenaran akan muncul disebalik kesalahan dan fitnah orang...nasib baik la aku bukan jenis cepat melatah..kalo tak, bole haru biru gak la jadinya...

INSAN TERSAYANG :
ISU yang cliche kot?
Entah laaaaa...tapi hati aku ni memang belum berubah untuk menyayangi orang lain selain DIA 'NB'..entah la...memang sukar untuk aku lupa kan dia dan mencari pengganti dirinya..dia memang cukup sempurna di mata aku serta ciri-ciri yang ada padanya memang lengkap dengan apa yang aku cari selama ini...Dia terlalu baik untuk aku..aku tahu, masa telah berubah, keadaan juga telah berubah...tapi hati ini belum berubah untuk membunag dan membuka ruangan untuk orang lain menggantikan tempatnya...Jiwang gak aku ni kan...lalalalalalalala...lantak, dah ni yang keluar dari otak aku..layan kan ajer ler..hehehehehhhe...

Tahun 2010 juga mengenal kan aku dengan beberapa orang la..ada gak yang nak serius dalam hubungan sebagai seorang kawan..tapi aku cuba memberikan alasan bahawa aku belum lagi bersedia untuk perhubungan yang lebih serius..dalm erti kata ringkasnya ' COUPLE'...maybe aku takut agaknya peristiwa lama berulang kembali...ramai yang cakap, belum cuba belum tahu...dah cuba barula tahu...tapi aku ni takut untuk ambil risiko..sebab benda benda yang bermain dengan hati dan perasaan ni..memang payah laa,,hahahaha...sebab tu la aku masih single sampai ke hari ini...3 tahun aku single dan 2 tahun aku suffer...ermmm..memang betul2 la penangan sayangkan orang nie...

Untuk tahun 2011 nie..aku cuba untuk melakukan yang terbaik dan ingin mencapai apa yang dihasratkan di hati ini..

No comments:

Post a Comment