Monday, October 25, 2010

RATU MAHABBAH De Laila

MENCIPTA keserasian... Abby (kiri) bersama pelakon baru, Hairul Azreen (kanan).

SINOPSIS.

Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.

Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup.

Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelanghari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanitayang terlalu tabah.

Apa lagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan.

Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.

Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila.

Pada masa yang sama, Waad 'berperang' emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.

Baru 1st time aku tengok cerita nie malam td..itu pun secara tidak sengaja...best pulak bila aku tengok..so layan jer...part yang menarik hati aku untuk melihat drama ni kerana SOUNDTRACK nya..memang best..instrumental yang dimainkan...memang menyentuh hati aku la...tajuk lagunya 'Wajah Siapa Di Hati MU - Azlina Aziz'..aku memang suka penyanyi nie...memang class  laa dia...hehehehe

Episod semalam dah episod yang ke-11...so aku dah missed 10 episod..arini aku nak layan 10 Episod yang aku tertinggal tue...nasib baek laa ada TONTON....terima kasih TONTON...hehehehe...Aku memang suka drama-drama melayu.sebab aku orang melayu..sape lagi kan nak tolong memartabatkan bangsa melayu serta industri perfileman kita..

Jalan cerita ni memang menarik la bagi aku...cerita yang bermain dengan EMOSI serta perasaan..memang aku suka..layannnnnn...Feeling la plak kan...hahahahhahahahahahahahahaha...

1 comment:

  1. Hi, tgkla cite ni kt Youtube, sy upload. Hehe
    http://www.youtube.com/results?search_query=mahabbah+delaila&aq=f

    Add la Abby Abadi's FACEBOOK FANPAGE. Here's the link:
    http://www.facebook.com/pages/Abby-Abadi-Lurvly-Fanpage/178088997389

    ReplyDelete