Sunday, July 17, 2011
SEKIAN LAMA MENYEPI
Tuesday, April 5, 2011
TAK PUAS HATI?MARAH?TERASA?GERAM?
Entry ini merupakan salah satu entry untuk peringatan diri aku sendiri. Sejak kebelakangan ini aku dilanda masalah dengan seseorang dan ia berjaya diatasi dan diselesaikan dengan baik.
Adakala, kita perlu beralah dan menurunkan ego diri sendiri demi seseorang dan juga perlu memikirkan masa depan jika kita terus dengan diri kita serta ego yang melampau. Nak buat macam mana, beralah itu penting.
Adakala juga, perkara yang kecil amat – amat dianggap remeh tetapi adakala perkara yang remeh itu juga begitu penting serta boleh diperbesar – besarkan. Perasaan mengatasi segalanya.
Oleh itu, apabila berada dalam keadaan yang tak menentu serta mood mulai “down” pastikan kita memilih jalan yang terbaik untuk mengelakkan daripada situasi menjadi lebih lama lebih parah.
Sebagai contoh, jika perasaan diri kita terlalu membuak – buak diringi dengan perasaan tak puas hati, terasa ataupun terlalu marah elakkan daripada mengeluarkan kata – kata ataupun apa – apa kenyataan tentang perasaan kita. Aku tahu salah satu daripada melegakan tekanan ialah dengan cara berkongsi dengan seseorang ataupun meluahkan pada apa – apa benda tapi ingat, cara itu amat mudah dimanipulasi oleh orang lain.
Ingat, se-sakit mana pun hati anda, bertapa perasan / bertapa tekanan anda hadapi ataupun berapa terasanya hati anda pada sesebuah perkara jangan perkara yang “remeh” tersebut sebagai modal untuk menghentam orang lain. Tak perlulah kot nak serlahkah perasaan anda di blog ataupun dimana – mana media sosial network sekalipun nescaya benda “remeh” tersebut akan mengguris hati orang lain.
Diam merupakan cara yang terbaik bagi segala – galanya! Tak puas hati baik diam daripada ia melarat, tak puas hati jangan dok nak memaki hamun orang lain kerana kelak ia akan kembali menghentam diri anda semula dan jangan sesekali menyumpah diri orang lain kerana perasaan kita yang tak setabil.
Come on la, perkara kecil jangan sekali – kali diperbesar – besarkan. Jangan kita luahkan pada khayalak ramai dan tunjukkan kepada orang lain dengan cara yang tak betul. Adakah anda nak menjadikan perasaan anda yang sedang membuak – buak tersebut modal untuk popular di blog? Nak menerima puluhan ratusan komen simpati ala bodek di ruangan komen? Ataupun saja nak jadikan ia sebagai “UMPAN” untuk panggil orang lain berkata – kata dengan anda. Cukup la.
Aku taknak tulis dan kata kat orang tu terus sebab diri aku pun macam tu jugak. Aku tak sempurna. Aku ada hati dan perasaan.
Wednesday, March 30, 2011
EXHAUSTED WEEKEND


























Monday, March 14, 2011
VIVA OWNER CLUB a.k.a VOC
Monday, February 7, 2011
DIABETES A.K.A KENCING MANIS
Monday, January 31, 2011
BOSS?
Dalam alam pekerjaan tentunya ada banyak permasalahan antara pekerja dengan ketua atau lebih tepat “boss”.Setiap syarikat mempunyai ketua masing-masing yang diberi amanah untuk menjaga perjalanan syarikat supaya berdaya maju dan memberi keuntungan.Bila sebut sahaja ketua atau boss tentu anda ada pengalaman pahit dan manis bila melayani karenah ketua masing-masing.Ada boss yang memang betul-betul berupaya menjadi ketua yang baik dan ada juga boss yang kurang pengalaman dan pengetahuan terhadap kerjanya,yang menghairankan macam mana boss itu mendapat jawatan tersebut.
Sikap seorang ketua memang berlainan,ada boss, yang pagi-pagi hanya tahu marah-marah tanpa sebab,ada boss memang jenis hanya buat hal dia sendiri,tanpa menganggu pekerjanya,cuma jika ada apa kerja atau laporan yang tidak lengkap,maka anda akan dipanggil berjumpa dengannya,kalau dapat boss yang semacam ini rasanya anda akan aman setiap pagi.
Bagi pekerja biasa seperti kita tentulah hendak dihargai dan dijaga kebajikan kita,walaupun kita dibayar setiap bulan namun kita juga membantu syarikat menjalankan perniagaan mereka.Kita juga mengharap sedikit penghargaan tidak semestinya berbentuk wang. Cukup sejadar dari mulut sahaja mampu menaikan semangat kita untuk memberi khidmat yang baik pada masa akan datang.
Pernahkah hasil kerja anda dihargai oleh ketua masing-masing? atau anda yang bertungkus lumus sehinggakan tidak tidur, abaikan keluarga sementara demi tugas untuk ketua anda? bila anda berjaya menyiapkan tugas dengan jayanya maka ketua anda yang mendapat nama. Rasanya ramai yang pernah alami situasi begini.
Kadang-kadang kita juga merasa tidak dihargai oleh ketua, contoh yang ringkas.Jika kita terlewat hanya 5 minit pada waktu kerja yang ditetapkan,tentunya kita akan mendapat “surat cinta “tetapi bagai mana pula jika kita balik lewat dalam erti kata “kerja percuma”selama 1jam atau 30minit untuk ketua,adakah itu diambil kira?
Memang sudah lumrah manusia, hanya nampak yang buruk dan jelek sahaja, kebaikan kita langsung tidak diharga!
Saturday, January 29, 2011
AKU BENGANG
Monday, January 24, 2011
MUNAJAT IKHLAS

Petikan ini aku ambil dari salah satu Blog Mutiara Hati :
Wahai Allah Yang Maha Agung,
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
…Peribadi yang indah dan terpelihara
Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
kedamaian hati,
kebeningan dan kebersihan hati,
ketenteraman jiwa
kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam
Usir dan buanglah segala kegelisihan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami.
Jadikan hati kami tenteram, tenang, dan damai dengan mengingat-Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu
Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas.
APA LAGI YANG INDAH....?
Takdir memang sentiasa menurut apa yang sudah tertulis, namun apa yang terbentang kadangkala buat aku payah menempuh, apalagi mahu menurut dan memahami semua yang telah ditelunjukkan...?..Kepayahan itu kadangkala buat diri makin terbiasa dengan derita, sekalipun derita itu jenis yang maha panjang...tapi hakikatnya kuatkah aku untuk semua itu???....27 tahun aku dibumi ini, adakah ia cukup layak untuk memuliakan diri pada tahap paling agung??....pernah dulu...aku sentiasa dirundung gelita..kelabu kehidupan yang sentiasa menjadi kabus..menyeliputi pada tiap saat dan ketika..ralat buka soalnya, cuma keterlanjuran aku dalam menafsir kehidupan yang entah apa apa...menggelodak jiwa sonsang pada tiap malam..ia tak pernah kenal erti penat dan puas..entah apa yang dicari..hingga kini aku tak ketahuan..tapi mungkin ia mengharap secebis perhatian dan ego yg menggunung...huh!!!....saat itu mana mungkin aku sedar akan buruk baik tiap keputusan..yang ada disekeliling hanya kata2 gelap dan teman2 yg sama aliran..jadi, harus bagaimana aku ingin menyusur arus yang benar??...masih terlalu mentah bukan???....bukan aku sedih mengingat kembali kenangan hidup lampau, cuma aku gemar menilai diri pada tiap sudut..akan apa yang pernah terjadi pasti ia jadi sempadan yang maha tinggi kini...hitam jalan yang lalu xmungkin akan disusuri lagi!!!....ia juga bukan nada sesal..hanya cuma kenangan itu terlalu istimewa yang xmungkin sanggup dijalani lagi..cukup akan kisah lalu...dalam gelap dan penuh kesesatan gigih aku mencari prestij, mengumpan diri pada kalian yang lain...padahal bukanya pulangan yang hebat menanti..hanya kepuasan mungkin!!!....
Sunday, January 23, 2011
RELEASE TENSION D'SARAWAK

























