Entry ini merupakan salah satu entry untuk peringatan diri aku sendiri. Sejak kebelakangan ini aku dilanda masalah dengan seseorang dan ia berjaya diatasi dan diselesaikan dengan baik.
Adakala, kita perlu beralah dan menurunkan ego diri sendiri demi seseorang dan juga perlu memikirkan masa depan jika kita terus dengan diri kita serta ego yang melampau. Nak buat macam mana, beralah itu penting.
Adakala juga, perkara yang kecil amat – amat dianggap remeh tetapi adakala perkara yang remeh itu juga begitu penting serta boleh diperbesar – besarkan. Perasaan mengatasi segalanya.
Oleh itu, apabila berada dalam keadaan yang tak menentu serta mood mulai “down” pastikan kita memilih jalan yang terbaik untuk mengelakkan daripada situasi menjadi lebih lama lebih parah.
Sebagai contoh, jika perasaan diri kita terlalu membuak – buak diringi dengan perasaan tak puas hati, terasa ataupun terlalu marah elakkan daripada mengeluarkan kata – kata ataupun apa – apa kenyataan tentang perasaan kita. Aku tahu salah satu daripada melegakan tekanan ialah dengan cara berkongsi dengan seseorang ataupun meluahkan pada apa – apa benda tapi ingat, cara itu amat mudah dimanipulasi oleh orang lain.
Ingat, se-sakit mana pun hati anda, bertapa perasan / bertapa tekanan anda hadapi ataupun berapa terasanya hati anda pada sesebuah perkara jangan perkara yang “remeh” tersebut sebagai modal untuk menghentam orang lain. Tak perlulah kot nak serlahkah perasaan anda di blog ataupun dimana – mana media sosial network sekalipun nescaya benda “remeh” tersebut akan mengguris hati orang lain.
Diam merupakan cara yang terbaik bagi segala – galanya! Tak puas hati baik diam daripada ia melarat, tak puas hati jangan dok nak memaki hamun orang lain kerana kelak ia akan kembali menghentam diri anda semula dan jangan sesekali menyumpah diri orang lain kerana perasaan kita yang tak setabil.
Come on la, perkara kecil jangan sekali – kali diperbesar – besarkan. Jangan kita luahkan pada khayalak ramai dan tunjukkan kepada orang lain dengan cara yang tak betul. Adakah anda nak menjadikan perasaan anda yang sedang membuak – buak tersebut modal untuk popular di blog? Nak menerima puluhan ratusan komen simpati ala bodek di ruangan komen? Ataupun saja nak jadikan ia sebagai “UMPAN” untuk panggil orang lain berkata – kata dengan anda. Cukup la.
Aku taknak tulis dan kata kat orang tu terus sebab diri aku pun macam tu jugak. Aku tak sempurna. Aku ada hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment