Wednesday, August 25, 2010

kenapa Dah Lama Tak Update BLOG?

Warggghhh!!! Banyaknya sawang kat blog Dari Mata Aku ni!!! Anai-anai, tikus semuanya ada. Ya...akhir-akhirnya aku sangat sibuk dengan tugas baru & urusan kerja yang melambak-lambak. Semasa blog ini ditaip pun, hanya curi-curi masa dengan mata yang kepenatan, tetapi tetap teruja ingin meneruskan lagi arena blogging ni. Insya Allah, dari masa ke semasa, blog ini akan tetap penuh dengan pengisiannya.

Disini aku ringkaskan sedikit, apa aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang blog ini tidak dikemaskini. Terlalu banyak kerja yang harus aku settle kan sehinggakan tidak sempat untuk berkongsi dengan korang semua. Kepala pun agak serabut sebab nak buat itu dan ini tetapi alhamdulillah semuanya bergantung kepada perancangan kita sendiri. Bijak merancang bijaklah haslnya. Insya Allah.

Minggu aku sibuk bermula pada bulan MAY 2010, sejak rakan sekerja aku ingin berhenti sebab mahu sambung pengajiannya ke peringkat Sarjana..banyak kerja harus aku pikul...lebih-lebih lagi berkaitan dengan design dan dealing with client n supplier..smuanya aku kena handle...Banyak betul kerja yang pending time tue...nak tak nak, aku kenala jugak buat..selalu jer aku stay back...sampai pukul 2 3 pagi aku stay kat opis...office ni dah macam 2nd home aku dah..nasib la aku x bawa pakaian segala jer...ermm..nasib nasib...

Masuk bulan JUN 2010...aku dipanggil oleh BOS Department aku...cuak gak la time tue...aku nak kena marah ker..aku pon..ape lagi...wat la muka TOYA...jer....biasa la...PLASTIK kan...ahaks...aku tanya pada bos aku kenapa aku dipanggil olehnya..lantas bos aku cakap.." SAYA PANGGIL AWAK SEBAB SAYA NAK OFFER KENAIKAN PANGKAT"...tergamam gak la aku sekejap...dalam hati aku berkata"WOW"...adakah ini peluang or beban? Aku positifkan diri...dats opportunity that i have to grab it...dun missed it...hehehe..GAJI pon bertambah laa...ALHAMDULILLAH...rezeki pemberian ALLAH pada hambanya...

Bulan JULY, adalah bulan yang paling mencabar buat aku...bulan ini juga banyak mengajar aku erti kasih sayang serta kejahilan...macam2 duagaan yang aku tempuhi..ermmm...semuanya DUGAAN hidup...

Begitulah secara ringkasnya apa yang terjadi kepada aku dalam masa 3 bulan ini. Masa yang panjang itu terasa sungguh pantas berlalu. Alhamdulillah setakat ini aku masih mampu membahagikan masa antara kerja, keluarga & kawan-kawan. Akan datang cabaran semakin mencabar dengan beberapa pengantin sudah menunggu untuk gambar mereka dirakam. Semoga aku terus mampu menghadapi apa jua yang datang!

No comments:

Post a Comment