Monday, October 25, 2010

RATU MAHABBAH De Laila

MENCIPTA keserasian... Abby (kiri) bersama pelakon baru, Hairul Azreen (kanan).

SINOPSIS.

Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.

Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup.

Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelanghari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanitayang terlalu tabah.

Apa lagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan.

Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.

Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila.

Pada masa yang sama, Waad 'berperang' emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.

Baru 1st time aku tengok cerita nie malam td..itu pun secara tidak sengaja...best pulak bila aku tengok..so layan jer...part yang menarik hati aku untuk melihat drama ni kerana SOUNDTRACK nya..memang best..instrumental yang dimainkan...memang menyentuh hati aku la...tajuk lagunya 'Wajah Siapa Di Hati MU - Azlina Aziz'..aku memang suka penyanyi nie...memang class  laa dia...hehehehe

Episod semalam dah episod yang ke-11...so aku dah missed 10 episod..arini aku nak layan 10 Episod yang aku tertinggal tue...nasib baek laa ada TONTON....terima kasih TONTON...hehehehe...Aku memang suka drama-drama melayu.sebab aku orang melayu..sape lagi kan nak tolong memartabatkan bangsa melayu serta industri perfileman kita..

Jalan cerita ni memang menarik la bagi aku...cerita yang bermain dengan EMOSI serta perasaan..memang aku suka..layannnnnn...Feeling la plak kan...hahahahhahahahahahahahahaha...

Saturday, October 23, 2010

TASIK SHAH ALAM

Tasik Shah ALam?..pastu ramai yang tahu tentang tasik nie...tempatnya indah..sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga..tak terkecuali gak la aku..sejak 3 bulan lepas...aku mula melakukan aktiviti riadah, iaitu Jogging...jogging one of my therapy for STRESS...ye la kan..keja cam aku ni memang selalunya stress jer..Sejak kebelakangan ini aku memang agak stress la dengan keja...keja yang melambak2...pastu dtg lagi 3 4 BIG PROJECT, mati wooo...tapi nak tak nak..terpaksa la kan aku buat..sape lagi kalo bukan yang buat..mau nangis la boss aku kalo aku x siapkan kesemua desihn2 tue...

Ada 3 projek besar la yg aku kena hadap...Projek pertama, under Kementerian Asas Tani, Projek kedua, Under MITI n projek ketiga under, Lembaga Nanas Malaysia...semuanya melibatkan design yang tough...n konsep yang berlainan...memang agak pecak kepala laa...tapi, aku amik tu semua sebagai cabaran untuk aku lebih maju dan tingkat kan lagi serta mantapkan lagi design2 aku...hehehehe...terima kasih BOSS bagi kerja yg banyak kat anak-anak buah...hahhahhaha...

Setiap hari lepas waktu keja, aku akan ke tasik Shah Alam untuk beriadah...tak kirala aku bz camne pon..aku akan luang masa 1 jam atau 1 jam setengah untuk ber JOGGING...atlease boleh gak la aku turun kan berat badan aku yg dah mencecah 60KG nie...tak sanggup aku nk timbang berat sekarang nie...ermmm..nasib badan laa...

Aku suka la JOGGING kat Tasik Shah Alam, coz ramai orang n semuanya melakukan xtvt yang sama...xla bosan kan...walaupon kat rumah aku ader GYM, aku lebih suka JOGGING kat luar..fresh air n leh CUCI MATA...ahahhahaha...no la..juz kidding...Aku pon dah ada kawan-kawan JOGGING sekali..ader la dalam 3 4 orang...si KAMARUL, SHAHRUL, DAN, IMRAN & ader lagila..lupa plak namanya sape...budak sek18..

Dorang ni semua memang pelarila..memang x bole follow sgt la dorang nie...kalo dah start berlari..memang x berhenti la...sampai mengah-mengah la aku dibuatnya...Kadang-kadang lepas JOGGING aku akan masuk office semula...tu dah memang kebiasaan aku la...pas jogging masuk keja semula..keja sampai pukul 11.00pm or 12.00am...pastu balik rumah..mandi2 n terus tido...

Ermmm...nak tulis ape lagi erk...aku ni bukannya pandai mengarang pon...hehehe...ikut dan je nak tulis...hehehe..apa yang tertulis ni la yang terkuar kat kotak pemikiran aku nie...

Wednesday, October 20, 2010

JIKA AKU JATUH CINTA


Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU

Agar bertamabh kekuatanku mencintaiMu

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yanh hatinya tertaut padaMU

Agar tidak terjatuh aku dari jurang cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati jika kau rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu

janganlah kenikmatan itu melebihi

kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Aminnnn...

Tuesday, October 19, 2010

SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA

Bertahun sudah berdua bersama
Menemhpuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah kuhadapi dengan mu
Itulah yang kupertahankan

Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku

Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangi mu

Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata

HATI INI

Setelah diri ini kehilangan dirimu, aku hilang kata-kata cinta, setiap apa yang aku tulis..pasti tidak ku temui akhirnya...semuanya bermain di fikiran, tapi tak dapat aku luahkan...Aku kecewa dengan sikapmu, hati yang terluka ini masih belum terubat..lama ku tunggu, suatu penantian yang belum ada jawapannya..masih ada harapan atau tidak..setelah kau pergi..aku ilang arah, hari-hari yang berlalu ku rasakan sepi..sepi tanpa cinta dan tawamu...

Airmata yang mengalir tidak mampu ku tahan lagi..mengalir dan terus mengalir..hati ini hancur...segala kenangan manis semuanya ilang bagai ditiup angin..aku memujuk hati ini sendiri setelah sekian lama kau pergi...Ku biarkan semuanya berlalu..aku terima satu HATI baru, seseorang yang boleh dikenali sebagai "S" boleh menggantikan mu..tapi apa yang aku idamkan tak seindah yang disangka, kami tak serasi..kerana kehidupan yang berbeza..dan terlalu mengongkong...kau pun tahu perangai aku...aku bukan jenis suka dikongkong...RIMAS!!!! Akhirnya kami berpisah..tidak lama hubungan selama hubungan aku dan dirimu..Tapi kenapa hati ini susah untuk menerima orang lain..kenapa?...kenapa?...

Sehingga kini, aku masih belum bole melupakan mu...kepahitan yang kau berikan masih belum boleh membuatkan aku meupakan mu...adakah aku perlu buka sedikit ruang hati ini untuk orang yang betul2 bole menyanyi aku...ermmm..aku berserah je laa....

Thursday, October 14, 2010

KENAPA KAU?

Cinta yang hadir di saat aku benar-benar memerlukan semuanya dusta belaka. Tapi mengapa perasaan ini berpaut pada seorang insan yang telahpun dimiliki, yang tidak tahu yang aku benar-benar menyintainya. Memang pada mulanya sukar untukku tempuh semuanya ini. Hanya kerana kau pergi meninggalkan aku tanpa kau sedar CINTA ku sedang berputik di hatimu. Dengan deraian airmata ku terpaksa tahankan dukaku untuk memadakan rinduku padamu. Kau tahu betapa sakitnya ku menanggung ini keseorangan...Kau tahu, selama ini aku meyakini kau akan bahagia dengan INSAN yang kau sajungi, namun salah dugaanku..aku dengar khabarmu di bisikan telingaku, kau begitu PILU bersama dengannya..MENGAPA? Haruskah aku memberitahu padamu tentang perasaan ini? Sedangkan aku tak pasti yang kau juga menyintaiku. AH!...biarkan..sesungguhnya aku tak mampu juga untuk menyakiti hati seorang insan yang SEJANTINA dengan ku...Ya ALLAH, ampunkanlah segala dosa-dosa ku, kembalikan aku yang TABAH dulu..berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi dugaanmu, sesungguhnya aku ini benar-benar hambamu yang lemah..AMINNNNN....

Monday, October 11, 2010

Majlis Pertunangan AKU!

Majlis Pertunangan AKU!


Mesti ramai yang tekejut bila baca caption aku tu kan...hehehehe ' Perasan Sendiri'...Sebenarnya pada 9 Oktoer 2010 yang lepas, kawan baik aku iaitu Hisham@chacham telah selamat melangsung Majlis pertunangan dengan pasangannya iaitu Lysa...Hisham merupakan kenalan aku sejak tahun 2005, di mana waktu itu aku sambung pelajaran di UiTM Shah Alam..Hisham merupakan bekas pelajar IKIP atau Kolej IKIP yang terletak di Pahang.

Time study dulu memang best giler n bagi aku DEGREE merupakan sweet moment yang tidak bole aku lupakan..pelbagai xtvt yang kitaorang jalan kan..dan Alhamdulillah..until now...our relationship as friend still close n really2 close...

Lysa pulak merupakan adik kepada salah seorang kawan baek aku jugak iaitu Hazril@timone..his my best buddies..tabik ckit laa...Timone same dengan hisham..umo pon sebaya n blaja pun sama...dorang berdua juga d faeari IKIP...lepak dengan timone best..ade je story yang nak disembangkan...n the best part is, kalo lepak ngan timone nie..x sah kalo glass kat atas meja tu x penuh...dah penuh barula balik...so korang paham-paham la kan betapa lamanya kitaorang lepak...n apa yang kami bualkan bukanla benda2 yang xder faedah..sumanya berunsurkan ilmu...

Cukupla koy intro pasal dorang nie..hehehe..main citer aku kali ni adalah pasal majlis pertunangan Hisham & Lysa..jejak je aku kat umah lysa aku dah tepehgun dah..bukan ape..aku cakap ngan zaki "ki, ni majlis tunang ke?majlis kahwin?"...zaki cakap: "Majlis Pertunangan laaa..."...Mak ai...kemah besar...orang ramai...fuyoooo..cayalah...kalo Majlis Persandingan nanti tak tahu la camni banyaknya orang2 nie...mahu sekampung laa...hehehhe...

Pada hari berkenaan, lysa memang cantek dengan mengenakan busana berwarna PEACH, makeup artis oleh Su Chantek..bila jari ni dah laju bergerak...banyak la benda nak ditulisnya..tapi bila minda dah xmampu nak menegeluakan ISI nya...TIDO aje le jawapanya...Update later...






Wednesday, October 6, 2010

duaharian di kampung


kebanyakan orang akan melonjak gembira bila nak balik kampung...especially mereka yang duk di ibu kota yang jarang sekali dapat balik kamgpung...aku juga tidak terkecuali dari merasai perasaan itu, sememangnya aku suka melonjak-lonjak bila dapat balik kampung..bukan apa, time balik kampung la aku leh spend time dengan member-member kampung dan keluarga di kampung..lagi2 dengan nenek kesayangan aku Hjh. Salmah bt. Hj. Ahmad dan atuk aku Hj. Abd. Hamid b. Yatim...mereka berdua ni la menjadi tunggak serta nadi aku tuk aku terus hidup serta berjaya dalam hidup ini...tanpa mereka siapala aku..thx atuk & nenek kerana mendidik aku menjadi orang berguna sekarang ini...

Pada 01 Oktober 2010, aku balik kampung..aku balik lepas waktu kerja...yang bestnya aku balik kampung kali ni x keseorangan..sorang mmber aku merangkap dak umah aku follow aku balik kampung gak...saje aku bawak dia balik melaka...jalan2 makan angin...


Nama dia Latif, tapi kita orang panggil dia L...xlah kampung sangat nama tue..hehehehe...latifnya orangnya sempoi jer...x banyak hal la..aku kenal dia hampir setahun gak la...dia budak Taiping, Perak...orangnya tinggi...kalo bercakap...cam bertih jagung...tapi kalo diam...diam sungguh...

Tujuan aku balik kampung ni pon sebab pertama aku nak jumpa atuk & nenek aku sebelum aku berangkat ke Sarawak bulan nie..takut x sempat jumpa dorang..tu yang aku balik minggu lepas...sebab kedua, paklong aku wat open house become family gathering...so balik laa...2 dalam 1 kan...ramai giler orang yang datang rumah maklong aku...antara menu yang terhidang:-

1 - Bihun Soto
2 - Mee Goreng
3 - Nasi Lemak
4 - Nasi Impit
5 - Rendang Daging
6 - Kuew Teow Goreng
7 - Pencuci Mulut
8 - macam-macam Lagi laa

Memang sedap giler la makanan umah maklong aku nie...tukang masak la kate kan...mau terangkat la kalo makan msakannya..lagi2 orang melaka..tahap cili 85% la pedanya...mau pijor mulut aku nie...for sure la ke tandas jawabnya...apa-apa pun...thx to Paklong n family for the invitaton...

sabtu, 2.10.2010

Bermula cuti-cuti aku di melaka, akibat kekenyangan dan keletihan mlm td..aku terlena dengan kedinginan malam...sejuk yg teramat akibat hujan lebat subuh2 pagi...syok giler...aku bangun pukul 9.45am...kejut mista L, siap2 pastu usha dapur..tengok nenek aku ngah kuarkan lauk dari peti ais...nak masak katenya...masak asam tumis ikan tenggiri...perghhh..keliur aku dibuatnya...aku ajak mista L kuar carik sarapan kat pekan...lepas sarapan aku & mista L g jalan kat pantai "Pantai Pengkalan Balak"..saje usha2 awek...hehehe..snap gak la 5 6 keping kat tepi pantai nie...aku tengok jam dah pukol 12 lebey...balik la...mkn tghari...t pkul 5pm aku nak ke rumah MALA...dia wat makan khas tuk aku...hehehe..Thanks mala...sayang ko.

Pukul 5pm aku bangun tido n siap2 nak ke rumah mala...mala masak spagetti & ayam goreng tepung...best n enak..banyak gak la aku makan..mista L, jangan cakap laa...bertambah2..

aku ingat aku je la kat umah mala...ghupenya si shida n sue der gak..dorang nie kawan-kawan aku time tusyen dulu...kenal pada tahun 2001...hampir sepuluh tahun la kitaorang kenal...SHIDA x berubah, sue je aku ingat2 lupa..hehehe..maaf ye sue..sememangnya aku sudah melupai kamu..setelah sudah makan, kitaorang semua bergambar dan sesiphotografini diketuai oleh aku..hehehe..almaklumla...si mala ni masih jr. katenya...nak x nak, aku terpaksala turun padang untuk mengambil serta mengajar apa yang patut..

Si mala ni memang dah patut kawen la aku rasa, dia memang suka kan kanak-kanak...sifat keibuan dia pun terselah..hehehe..tengok aje la pic nie...selesa je budak tu kan..

lepas sesi bergambar segala, semua balek dan cik mala kita ni pun nak siap2...sebab kitaorang naka ke melaka..jalan-jalan dan main boling...BOLING?....satu sukan yg paling aku sukai...dalam masa menunggu makcik tu bersiap..aku dan mista L pun bergambar sakan la...



Memang puas la..pas men boling, kitaorang ke char kuew teow depan hospital melaka...makan sampai kenyang...hujan!!..ofcoz la lapa...ermmmkena plak nescafe tarik..perghhh...layan..

ahad, 3.10.2010

Aku mula kan aktviti aku hari ini dengan menolong nenek aku sapu sampah n mop lantai rumah...mista L lom bangun lagi..penat kot mlm td nya...biar kan je la dia tido..mls nk kacau...kang bad mood plak dia...lepas semua settle..aku kejutkan mista L suruh dia mandi n siap...nak g breakfast dengan cik MALA kat pantai...

Cik Mal amik kitaorang kat umah...cik Mal singgah umah cik Imah...cik Imah gedik nak follow katenya....kitaorang lepak kat warung yang biasa cik Mal n cik Imah ni pergi...aku makan mee kari...perghh..layan dowh...orang melakau katenya...memang sedappp...lepas makan, kitaorang bergerak ke Teluk Gong...cik Imah nak cari ikan tuk dibuat lauk tengahari nanti..

ramai gak la orang kat pasar depan POWER TECT ni..der la bape2 pic ali snap kat pasar nie..salah satu pic nya..pic cik Mal dengan ikan SIAKAP nya..hai, nak beli ke?

Lepas beli ikan segala..kami pun pulang la...cik Mal bawak kami ikut jalan baru..jalan pintas katenya...

Sebelum pulang, kami singgah rumah cik Imah, beraya sekali la aku cakap..sebab raya ritu x sempat nk g umah dia...sementara tunggu cik Imah ambil kunci rumah kat mak dia..sempat la bergambar kat pondok depan umah dia nie...



lastly, aku  nak ucapkan terima kasih kat cik Mala, cik Imah & cik zue..coz make my weekend so great n happening...tak terkecuali gak mista L, sebab sudi follow aku balik kg..hehehe...t aku follow mista balek kg di perak pulak yer...hehehe..leh kenal kawan2 di sana...