Tuesday, December 29, 2009
Aku Bengang AKu Bosan
Sunday, December 27, 2009
OTAK BERNANAH!
Aku kena handle 2 job besar gak laa...1 tender one of big company...1 satu biasa n internal..tapi masing2 perlukan idea yang giler2...dah naik bernanah otak aku nie mikior kan nya...tapi...alhamdulillah..semuanya sempat d'settlekan...ikut ape yang dikehendaki laaa....
Friday, December 18, 2009
Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkan aku untuk berkongsi cerita dan idea bersama sahabat pembaca.
Setelah sekian lama gak la aku cuba mempelajari teknik "EDIT" gambar HDR & DAVE HILL...akhirnya aku berjaya gak...berkat ketekunan dan kegigihan..inilah hasilnya...aku amat berpuas hati la...buat setakat ini...but, that's a lot of technique and skill that i have to learn and learn...
Monday, December 14, 2009
Selamat Pengantin Baru
Saturday, December 12, 2009
Sedih, Kesedihan, Bersedih...atau...sedey laaa!!!!
Bersedih boleh meminimakan nilai hidup.. Kenapa perlu bersedih? Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut situasi dan keadaan..
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadikenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..
Aku rasa la kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..
Sedih itu pilihan? Salah! Aku tak setuju.. Memang perlu bersedih tapi bukan menjadikannya pilihan..
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan?
Dulu aku sangat hirau dengan sekeliling.. Semua ambil pusing.. Setiap kata aku simpan, setiap cacian aku sematkan.. Tapi semuanya bukan kearah kecermelangan kegemilangan dan keterbilangan.. Semuanya bersifat kebencian kedengkian dan kelakhanatan.. Akhirnya aku biarkan mulut busuk itu terus menyebarkan ketengitannya tanpa aku menhirup baunya..
Tapi kadang kala tu bengang gak laa..senang-senang jer nk mencaci,membawa mulut kan..cakap tak pandang kiri dan kanan...ikut sedap jer...
Dulu sedih juga berpisah dengan kekasih sendiri.. Tapi bila difikarkan untuk apa? Bunga bukan sekuntum (bosan sudah aku dengar pepatah yang ini) biarpun bukan semua bunga tidak mahu kepada kumbang ini, tapi si kumbang akan terus juga mencari madunya (kena faham maksud sebenar yang ini)....
Sunday, December 6, 2009
Aku Siapa?
Friday, December 4, 2009
Selamat Hari Lahir
KEHILANGAN?
Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkan aku untuk berkongsi cerita dan idea bersama sahabat pembaca.
Aku akui , kebelakangan ini hari-hari yang dilalui agak suram, kilauan cahaya tidak seindah waktu atau hari-hari yang lepas, tetapi aku akur, sebagai manusia, ini adalah lumrah yang perlu aku lalui sebagai hambaNYA, adakala terang adakala gelap adakala bertenaga adakalanya suram.
Apa pun aku ikhlas redha dan tawakal atas perjalanan kehidupan yang perlu aku lalui.kerana saya yakin ALLAH itu maha adil, setiap kita akan melalui proses yang sama, peluang kita seimbang. Sentiasa mempunyai peluang untuk berjaya dan gagal. Apa pun seperti yang pernah nyatakan sentiasalah berdoa untuk memiliki keteguhan hati.
Pernah korang rasa bingung mencari sesuatu yang hilang? aku yakin korang akan rasa lebih bingung jika anda tidak tahu apa yang dicari. “Ada yang merasa kehilangan dalam diri, tetapi tidak memahami apakah yang dicari sebenarnya.” Maka, pencarian itu tidak pernah selesai, kerana tidak akan pernah bertemu apa yang dicari.Ya, Bagaimana untuk bertemu apa yang dicari, sedangkan diri sendiri tidak pernah tahu apa yang dicari.
Bagaimana untuk mengatasi masalah kehilangan ini?
Thursday, December 3, 2009
Aidiladha 2009
Wednesday, November 25, 2009
ANGGUN
KORBAN
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.