Thursday, September 30, 2010

OPEN HOUSE

Bila tiba hari raya di sana sini ada saja majlis 'Rumah Terbuka' (lebih kepada untuk rakan-rakan dan sanak saudara terdekat). Selain itu kunjung mengunjung juga tentunya masih berlangsung. Pendek kata, Hari Raya untuk orang Melayu-Islam di negara ini diraikan selama sebulan lah. Dari sudut kemanusian, memang kebaikanmenjadi landasannya. Bertemu, bertegur sapa, berbincang sambil makan-makan. Selain itu menggerakan minda salam suasana persaudaraan. Paling tidak pun dapat mengenali rakan serta teman baru...dan mengeratkan silaturahim.

Majlis-majlis seumpama begini la yang boleh membuat seseorang itu mengembangkan sayap perniagaanya...dan ada juga yang habis makan, terima kasih, perut dah isi, balikla, atau memenuhi undangan 'rumah terbuka' seterusnya. Tidak semuanya begitu kot, ada yang datang hanya sebagai memenuhi undangan atau 'mengambil hati' semata-mata. Dia mungkin ala kadar. Jangan tidak, suapya kawan yang mengundangnya berasa seronok atau bahagia. Makanlah sedikit apa yang dihidangkan. Lazimnya kawan-kawan lebih berada dalam suasana perbualan, mengundang nostalgia dan sebagainya.

Sini juga aku nak ucapkan terima kasih to Family Pian, Effa and Sarah sebab invite kita orang ke majlis rumah terbuka u guys...Firtsly to Pian's houses..makanan semuanya memang terbaekla..









 update later.....






Friday, September 24, 2010

Sungguhnya AKU menyesal

Tak pernah ku fahami ertimu padaku

Tak pernah ku mengerti hadirmu padaku

Rasa yang pernah kau bagi

Cinta yang telah kau beri

Setelah kau terjatuh baru ku sedari

Betapa kau kekasih hingga hujung hati

Rasa yang setia menanti

Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu

Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu

Kerna hanya dirimu sambut cinta

Penawar peritku

Hanya dirimi

Tulus cintaku

Sanggup cinta penawar peritku

Sanggup cinta pengusap tangisku

Tuesday, September 21, 2010

19 September 2010

Seperti yang diketahui semua orang, masa tidur aku sudah hancur, maka aku akan tidur dalam jam 5-6 pagi..bangun plak tak payah la tanya kan pukul berapa...tiba-tiba pukul 10pg, mamat R ni call aku.

mamat R : weh dok watpe?
aku       : tido laaa...nape?
mamat R : aku kat depan umah hang ni...bukak la pintu
aku         : haaaaaaaaaaa......?

Bayangkan sewaktu beradu, tiba-tiba kawan cakap dia ada depan umah, mau bengang n terkejut gak al...mau tak nya...ganggu kot masa tido aku...dah baru 4jam je tido, setelah semalam aku x tido...rasa nak jadi HULK pon der gak..menganggu betul time tido aku yang sedikit nie...


bila aku bukak pintu, niat nak jadi HULK tu tak menjadi..malah tiba-tiba bertukar menjadi angelic di pagi hari bila nampak dia bawak CUPCAKE yang sungguh comel n banyak...ader 26 pcs..n yang tengah-tengah sekali yang paling besar...dan tertera perkataan "HAPPY BIRTHDAY to Mista Ariq Sweet 26th"...thank you BFF ku...

aku memang x sangka la si mamat ni akan ingat birthday aku, coz semalaman kitaorang duk lepak n hang out kat USJ...dia x kata apa pon..yang len je der wish kat aku...tahun ni aku x celebrate pon besday aku...juz kawan2 terdekat yang ada jer ajak aku makan kat USJ...tapi sms bersusun-susun la masuk...biasala kan...time-time besday nie...memang camni la kan..ahaks..

ok,back to my story td...aku ngan muka x mandinya terus r ajak dia masuk umah dulu...aku suruh r dia duduk n tgk tv dulu..sementara aku mandi kejap...padahal dalam hati nie...baran gak r...tido x cukup la kan...pas mandi n siap, aku tanya dia..apa mimpi dia dtg bawak kek pagi2 nie...n apasal semlm diam jer...

si mamat R ni cakap "JUZ WANNA MAKE SURPRISE FOR MY BFF" tak bole ker...pelik gak la aku..xpenah-penah aku dapat surprise camni..tiba tahun 2010 ni aku dapat...suka gak laa...tapi cover je la...hahahaha...dia juga ada bagi aku hadiah..simple je la adiah dia...simple pim simple la...xder hal la...janji hadiah birthday kan...

anyway..thank you so much to R make my birthday morning so surprise...upcoming yours k...wait..hehehe...

Monday, September 20, 2010

Minum Petang @ Hailam Kopitiam

Jumaat lepas, Paan ada keja kat Shah Alam, dia kena cover Press Conference (PC) kat Glenmarrie...PC tu pukul 2.30pm..around pukul 3.30pm Paan call aku, dia kate dia dah abis PC n nak dtg umah aku lepak-lepak..ok jer..aku pun mandi la..siap2...Paan ni bukan nya leh caya...kang tiba2 dia ajak kuar la...xpasal aku kelam kabut di buatnya..

Betul pon apa aku jangka..Paan ajak aku lepak minum...Pusing punya pusing..cari punya carik tempat nak lepak minum nie...and the end we all decide dekat Hailam Kopitiam, Sek7 Shah Alam...Lame gak la lepak kat situ...kalo dah menyembang nie, memang x ingat nya la nk balek kan..ader jer topik yang nk dibicarakan...

Anyway, thx Paan...lepak2 ngan aku...ingat yer plan kita nk ke CAMERON t...







Sunday, September 19, 2010

16 September 2010

Pasti ramai yang gembira bila mendengar perkataan ini, “cuti” dan sama waktu dengannya. Jauh di sudut hati masing tersimpan perasaan gembira kerana dapat bercuti. Tentu ramai yang sudah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang cuti , ibubapa merancang untuk bercuti dengan keluarga, kita sendiri ada yang merancang nak bercuti dengan rakan2 ,tidak kurang juga nak keluar bersiar2 dengan kekasih hati masing2…hehe

Pada aku , setiap kali cuti pasti aku akan merancang sedikit cuti aku ini supaya x rasa boring sangat dok kat umah saja… melakukan kerja2 rutin.. biar masa aku terisi dengan perkara, rakan2 dan diri sendiri… melakukan aktiviti yang aku minat semestinya menjadi keutamaan….hehe….

Terkadang cuti yang x buat apa2 membuatkan aku berfikir… alangkah bagus jika aku balik kampung kan...jumpa datuk dan nenek aku..jumpa mereka bukannya selalu...sebab aku ni jenis yang jarang balik kampung...BZ kerja katannya...

Mengingati pesanan emak aku, “Kalau kita xsibuk,Kita xkan perolehi peluang dalam hidup ” , berfikir panjang gak aku ngan kata2 mak aku ni… lastly aku sedar, betul cakap mak aku…. mmg dah banyak ak nampak pekara yang berlaku kepada diri aku… pengalaman yang aku timba sepanjang hidup ini. Terasa Hidup ini kosong kalau tidak buat apa2 yang boleh mendatangkan faedah dan keseronokan…

PAGI,

Citer aku bermula seawal pagi...aku dikejutkan oleh nenek aku tuk sembahyang subuh..nak x nak kenala bangun..kang tak pasal2 aku kena simbah ngan air sejuk...harini aku nak hanta nenek dan atuk aku balik kampung kat Melaka, Masjid Tanah...dorang dah datang KL ni sejuk hari raya ke-3 lagi...memang kitaorang saje bawak dorang beraya kat KL plak...aku gerak balik kampung pukul 8.30am...aku sampai kampung tepat pukul 9.45am...aku x singgah lama pun kat kampung...drop je semua barang-barang..pastu aku gerak balik Shah Alam semula...aku sampai Shah Alam pukul 11am lebih camtu la...x sure n x ingat la...sampai umah...aku basuh baju yang melambak2 tu...settle2 semua tu...tengok2 jam dah pukul 2.30pm...

PETANG,

Petang ni aku nak watpe ek, bilik2 phone...n on FB...tiba-tiba teringat py..dia der kat KL...roger dia la...tanya dia ape bikin petang nie...dia kate dia nk ke IKEA...cari barang tuk rumah bar dia...ermm..good idea...aku pon follow r dia ke IKEA...tapi drive masing2 la..dia dari KL..aku dari Shah Alam...kitaorang jumpa kat ikea je la..


Salah satu ruang kamar beradu

Ruang dapur yang simple, sesuai untuk rumah jenis compact


Masuk-masuk je ikea ni, memang la rambang bijik mata aku..memang cantek2 semuanya...decor pon aku suka..memang ikea ni taste aku la untuk decor rumah aku...dari ruang tamu sampaila ke bilik air...semuanya aku suka..harga pon x la mahal sgt...berpatutan la..

Antara ruang makan kegemaran aku

Lepas tu, PY ajak lepak makan kat Secret Recipe...lapar katenya...x makan lagi lunch td...aku ikutkan ajer...aku pon lapar gak..bole la..lame gak x lepak secret recipe nie...Py order nasi ape ntah...ngan Appletaiser..aku plak makan Spaghetti Meatball...Lepak punya lepak..sembang punya sembang..tau2 dah pukul 6.30pm..kitaorang pun beransur pulang...PY ader open house mlm tue...aku pun balek la ke Shah Alam semula...

MALAM,

Apela nak buat mlm nie...lepak umah je la..mls pun der gak nak kuar...nak sms PAAN la..ajak lepak pon best gak..tengah2 aku men phone..ader incoming call...aku tengok PAAN call...eh, mamat nie..cam tau2 je aku nak sms dia tanya dia katne...Panjang umur si PAAN nie...PAAN baru sampai KL je, baru sampai dari kampung dia kat Jelebu, N9..Tahun ni PAAN n family balik Kelantan..kampung sebelah mak dia... PAAN ajak aku kuar lepak minum-minum...aku pon k je laa..aku mandi-mandi pastu terus gerak ke KL, PAAN duk kat Tasik Permaisuri...Dalam perjalanan, aku terpikir...why not kalo g lepak OldTown Yap Kawan Seng...budak2 ni der  kat sana gak...


OldTown, tempat pilihan kami untuk melepak..tempat yang chill

Aku ajak PAAN ke OldTown...dia ok jer..x kisah...PAAN ni jenis sempoi laa..dari dulu aku kenal dia..samapai la skunk nie...orangnya senang jer...dia pon paham aku...tu yang buat aku senang berkawan ngan dia..



Minuman kegemaran aku, Ipoh White Coffee Ice

Lepas puas lepak kat OldTown, budak2 ni nak balek dah...mau x nya..dah pukul 12 lebih la time tue...aku pandang PAAN...aku tanya dia nak lepak mana pas nie...masih awal lagi nie...besok masing-masing x keja pon...Dalam keta, PAAN ajak lepak kat Bukit Ampang...erm...cam best je idea nya tue...lame dak la aku x g Bukit AMpang tue...lagi2 sejak aku dah duk kat Shah Alam ni kan....ermmm...


Pemandang yang sungguh indah d'mlm hari

Ramai jugak anak-anak muda yang datang lepak kat Bukit Ampang ni

Aku dengan PAAN lepak kat atas bukit tue...lame...sampai kol 3 lebey laa...macam-macam topik yang kitaorang bual kan...dari zaman blaja dulu..sampai la ke sekarang nie...pastu, aku dah mula sejuk2...sejuk dia sampai ke tulang itam la...xtahan nya pasal...balek laa...aku hanta PAAN balek rumah dia...pastu aku pon balek la Shah Alam...



Monday, September 6, 2010

Akhirnya aku berjaya siapkan jugak



FOTOGRAFI perkahwinan antara perkara paling penting dan wajib, malah tidak seharusnya dilupakan. Sama penting dengan hantaran dan pelamin, fotografi perlu berada dalam susunan persiapan perkahwinan utama.

Dijadikan kenangan, masyarakat dulu mengabadikan foto perkahwinan secara eksklusif dalam studio berlatarbelakangkan gambar tertentu, selain bergambar di pelamin dan bilik tidur. Namun, kini bagaikan satu evolusi baru dalam dunia fotografi perkahwinan, pengantin moden lebih gemar mengabdikan perkahwinan dengan penggambaran di luar lokasi majlis.




Dijadikan kenangan, masyarakat dulu mengabadikan foto perkahwinan secara eksklusif dalam studio berlatarbelakangkan gambar tertentu, selain bergambar di pelamin dan bilik tidur. Namun, kini bagaikan satu evolusi baru dalam dunia fotografi perkahwinan, pengantin moden lebih gemar mengabdikan perkahwinan dengan penggambaran di luar lokasi majlis.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan foto perkahwinan ni juga...tapi bukan tuk aku la...tuk member aku si ELEENA & pasangan nya ANDIKA...dorang ni kahwin pada bulan Mei'10 lalu...dorang mintak aku jadi photographer dorang..mula2 aku cakap aku x pandai sangat..coz xder pengalaman buat semua tue...snap pic2 biasa..ader la...proper wedding nie aku x penah buat..berpeluh gak la aku bila dia mintak..dia cakap xper..ni sebagai portfolio aku..so pasni leh la aku wat bisness ni kan..so, aku pikir pikir..ermm...ok gak la...aku charge dia x la mahal..coz kawan-kawan kan...

Alhamdulillah laa...semuanya berjalan dengan apa yang dirancangkan...
terlebih dahulu aku nak mintak maaf bebanyak la pada ko ELEENA, coz amik masa yang agak lama tuk aku siapkan album bersejarah ko nie k...al-maklum la...aku BZ la beb..tapi aku cuba gak sedaya upaya aku...untuk tidak mengecewakan ko...So, ni la hasilnya..











Pic yang selebihnya akan d'uplad dari masa ke semasa k...tunggu....