Tuesday, August 31, 2010

Sehari Sebelum MERDEKA

Isnin lepas rumah aku didatangi oleh 2 jejaka tinggi lampai...MIZI dan ABG AKI...mereka berdua ni adik beradik...dorang selalu lepak umah aku kalau naik KL...memandangkan Selasa 31 Ogos 2010 cuti MERDEKA, kitaorang plan nk berbuka sama n nak jalan-jalan d'KL laa..so plan nya bermula petang isnin tu lepas aku balik dari kerja...Mula-mula kitaorang plan nak berbuka kat Sunway Flaming...Makan STEAMBOAT..ermmm SEDAP bunyi nya...Dalam perjalanan, tiba-tiba tukar plan plak...nak berbuka kat Bangsar South kat secret recipe...PULAK dah...ermmm...aku follow je la..coz aku naik keta housemate aku, si ZAKI. Mereka yang terlibat dalam xtvt ni adalah Aku, Zaki, Alle, Payed, Hisham, Abg Aki, Mizi, Azeery dan Sara.

Sampai je kat Bangsar South, Abg Aki n Sarah dah sampai kat situ dulu...SECRET RECIPE...ermmm...lama gak aku x berbuka kat situ...terus terbayang kan Spaghetti Meat Ball & Bluberry cheese cake...baek nya plan nak berbuka kat secret recipe, tiba-tiba x jadi plak...aku dah hangin la time tue..tapi...cover jer laa..memang dah ilang dah mood aku time tue...dorang  kate nk berbuka  kat MASJID RTM dulu..nak SOLAT sekali..senang...pas solat terus cari tempat makan...aku ikut kan je la...coz naik keta orang kan...n nak berbuka ramai-ramai kan..

Sampai je kat RTM, aku terus tertido...agaknya letih kot...sedar-sedar je dah pukul 7.10pm camtu la...waktu berbuka pon dah nak hampir...makanan satu xder nie...pewot aku dah menggigil nie...cacing dalam pewot ni dah meluap-luap mintak makan...hahahahaha...si Alle n Payed tapau kan makanan tuk wat alas pewot katenya...bila time berbuka, aku juz minum air kosong jer..xde mood nak makan...pas berbuka semua g solat..pas solat, barulah kitaorang bergerak ke MIDVALLEY...ingat kat MIDVALLEY nak berbuka kat Delicious..memang makanan kat situ sedap2...ermmm..tapi penuh plak...last last ke kedai ape ntah...makan Spaghetti...bole la...sedap gak la...aku makan Carbonara Turkey...

Pas berbuka...Sara ajak aku teman kan dia beli langsir...dia nak cari langsir baru tuk bilik dia...warna purple katenya...ikutkan ajer...bab2 ni memang aku suka...mereka yang len tue sibuk mencari no CELCOME...mau tak nya...masing masing skunk dah pakai BB..so JAKUN kejap la kan...abis semua nk di explore kan nya...abis merayau kat MIDVALLEY, kitaorang bergerak kuar dar situ menuju ke RTM semula, sampai kat situ, tiba-tiba Hisham ajak lepak Oldtown Yap Kwan Seng..katenya TIMONE ajak lepak...halamaks..aku malas la nak lepak kat sana..memang xder mood giler nk melepak..coz penat dan ilang mood...Mesti dorang bengang giler ngan aku..lagi2 timone...yer la...since dia balek dari DUBAI..aku belum lagi jumpa dia..."MAAF BRO, BUKAN X NAK JUMPA K...LOM MASA LAGI LA NAK JUMPA BRO"...de time t, insyaallah..jumpanya k...

Last2 aku ikut Alle, Payed n Mizi...dorang  nak ke Downtown cheras...aku pon cam ok je nak ke sana...leh gak la usha apae2 yang patut kan...mane tau leh sambar ke satu dua...before pergi sana...kitaorang singgah balek dulu umah Alle...Alle nak mandi...pas semua siap2...kitaorang bergerak la ke Downtown...sampai-sampai je kat sana...Perghhhhhh...jem giler...memang x sangka sangka banyaknya keta...stuck giler bab* nya...2 kali la tawaf kat situ...akhirnya penantian mencari parking terlerai gak..walaupun jauh ckit parking nya...ala, bole la...dari nk tawaf for the 3rd time kan...xsanggup k...

Dah lama tak pergi jalan-jalan kat Downtown, kadang-kadang tu teringin jugak jalan-jalan tengok barang walaupun tahu akhirnya tak der ape yang dibelinya...penat yang mendapat...masuk je tapak Downtown tue...memang ramai la umat manusia kat situ...sesak gak la...so kitaorang mula kan perjalanan dari ujung bawak ke pangkal...senang..abis usha2 terus balik la...Tujuan ke sini benornya nak cari CASING BB si Mizi n Zaki nie...jalan punya jalan, usha punya usha...jumpa gak la apa yang dicari...letih nya..tuhan aje la yang tau...naik lemah pala lutut nie..

Sedar x sedar tgk jam dah pukul 3.00am...tapi toleh kiri toleh kanan...orang makin bnyak...ader yang yang datang...memang sampai ke pagi la jawabnya nie...kitaorang pun balek la ke Shah Alam semula...dah x larat dah nie...naik je keta, cam biasa la..aku tido..sedar sedar dah sampai umah jer...Anyway, thanks you so much to Alle sebab memandu dengan cermat dan selamat...Alhamdulillah...

Wednesday, August 25, 2010

10 Perkara Kurang Digemari Bila Ke Bazar Ramadhan

Anda mungkin suka ke bazar Ramadan untuk membeli makanan-makanan lazat. Bila jam sudah menunjukkan 4.30 petang, itu adalah masa yang sesuai untuk ke sana. Disitu pilih sahaja makanan yang anda suka, semuanya telah tersedia. Daripada minuman, kuih-muih sehinggalah lauk pauk yang pelbagai rupa. Namun, dalam kegembiraan membeli juadah berbuka ini, terdapat beberapa perkara yang kurang digemari oleh aku. Maaf jika ada yang tidak setuju dengan fakta ini.

1) Parking penuh : sampai sahaja di tapak bazar ramadan, kereta & motor sudah memenuhi segenap ruang jalan. Berpusing-pusing mencari parking adalah satu yang melecehkan. Seolah-olah terdapat satu pesta yang meriah disitu.

2) Kuih yang sama : bila melawat gerai-gerai yang ada, kebanyakkannya menjual kuih yang sama. Karipap, pulut panggang dan donut antara yang popular. Jika nak tahu yang mana sedap atau tidak, kena cuba beli di kedai yang berlainan setiap hari.

3) Kuih/ makanan kegemaran dah habis : kadang-kala hari ni teringin nak makan kuih kegemaran tetapi malangnya bila sampai dibazar ramadan, kuih tersebut sahaja dah habis dijual. Kuih yang lain berlambak-lambak pulak.

4) Gerai buka sehari sahaja : ada juga kes ni. Contohnya hari ni beli murtabak sedap giler kat satu gerai ni. Bila nak beli lagi esoknya, gerai dah tutup sampai abis ramadhan. Agaknya jualan sehari tu dah boleh cover untuk raya.

5) Berjumpa dengan kawan lama : tak suka tu bukan apa, contohnya kalau kawan lama tu bawa sekali isteri dia. Bila nak bersembang tanya khabar tu isteri dia dah jeling-jeling sambil cakap dalam hati, "cepatlah bang, banyak lagi kuih ni nak beli ni!".

6) Berjumpa dengan kawan lama juga : tapi kali ni nampak dari jauh jer. Tengah nak masuk kereta atau dah nak balik dah. Terkilan sangat sebab kira dah lama tak jumpa. Biar tak jumpa langsung dari jumpa camtu. Huish!

7) Orang tak berpuasa pun sibuk-sibuk : kes ni banyak juga terjadi dimana sangat sesak kat bazar ramadan ni dengan manusia yang tak berkenaan. Bila nak pilih kuih tu terpaksa pula berhimpit-himpit dengan bangsa asing. Cuma bagusnya mereka ni meningkatkan ekonomi orang melayu la.

8) Jual ala kadar : ada juga yang menjual tu tidak mementingkan kebersihan & presentation yang menarik. Kadangkala rasa nak beli sangat lauk ni tapi ternampak pula ada lalat tengah sedap landing dalam tu. Hmm...

9) Bila dah beli tu rasanya mesti lebih RM5 kan? Lebih-lebih lagi bazar ramadan kat kampung ni, lagi mahal dari yang bandar. Air sebungkus kecik RM1.50, kalau di bandar 3 sengget! Perbelanjaan lagi mahal dari bulan-bulan biasa.

10) Beg duit kena rampuk...ni paling dasyat r..walaupun aku x penah kena..tapi kesian gak la kat orang yang kena...niat ke bazaar nak membeli..tapi pulang hampa kerana kehilangan beg duit...semoga tuhan bagi hukuman yang setimpal dengan pencopek tue...

Bagaimana pula dengan anda?

kenapa Dah Lama Tak Update BLOG?

Warggghhh!!! Banyaknya sawang kat blog Dari Mata Aku ni!!! Anai-anai, tikus semuanya ada. Ya...akhir-akhirnya aku sangat sibuk dengan tugas baru & urusan kerja yang melambak-lambak. Semasa blog ini ditaip pun, hanya curi-curi masa dengan mata yang kepenatan, tetapi tetap teruja ingin meneruskan lagi arena blogging ni. Insya Allah, dari masa ke semasa, blog ini akan tetap penuh dengan pengisiannya.

Disini aku ringkaskan sedikit, apa aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang blog ini tidak dikemaskini. Terlalu banyak kerja yang harus aku settle kan sehinggakan tidak sempat untuk berkongsi dengan korang semua. Kepala pun agak serabut sebab nak buat itu dan ini tetapi alhamdulillah semuanya bergantung kepada perancangan kita sendiri. Bijak merancang bijaklah haslnya. Insya Allah.

Minggu aku sibuk bermula pada bulan MAY 2010, sejak rakan sekerja aku ingin berhenti sebab mahu sambung pengajiannya ke peringkat Sarjana..banyak kerja harus aku pikul...lebih-lebih lagi berkaitan dengan design dan dealing with client n supplier..smuanya aku kena handle...Banyak betul kerja yang pending time tue...nak tak nak, aku kenala jugak buat..selalu jer aku stay back...sampai pukul 2 3 pagi aku stay kat opis...office ni dah macam 2nd home aku dah..nasib la aku x bawa pakaian segala jer...ermm..nasib nasib...

Masuk bulan JUN 2010...aku dipanggil oleh BOS Department aku...cuak gak la time tue...aku nak kena marah ker..aku pon..ape lagi...wat la muka TOYA...jer....biasa la...PLASTIK kan...ahaks...aku tanya pada bos aku kenapa aku dipanggil olehnya..lantas bos aku cakap.." SAYA PANGGIL AWAK SEBAB SAYA NAK OFFER KENAIKAN PANGKAT"...tergamam gak la aku sekejap...dalam hati aku berkata"WOW"...adakah ini peluang or beban? Aku positifkan diri...dats opportunity that i have to grab it...dun missed it...hehehe..GAJI pon bertambah laa...ALHAMDULILLAH...rezeki pemberian ALLAH pada hambanya...

Bulan JULY, adalah bulan yang paling mencabar buat aku...bulan ini juga banyak mengajar aku erti kasih sayang serta kejahilan...macam2 duagaan yang aku tempuhi..ermmm...semuanya DUGAAN hidup...

Begitulah secara ringkasnya apa yang terjadi kepada aku dalam masa 3 bulan ini. Masa yang panjang itu terasa sungguh pantas berlalu. Alhamdulillah setakat ini aku masih mampu membahagikan masa antara kerja, keluarga & kawan-kawan. Akan datang cabaran semakin mencabar dengan beberapa pengantin sudah menunggu untuk gambar mereka dirakam. Semoga aku terus mampu menghadapi apa jua yang datang!

Tuesday, August 24, 2010

Salam Ramadhan

Kepada rakan-rakan semua di kesempatan ini aku ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. Pada 11 Ogos 2010 yang lepas semua umat Islam di Malaysia telah menyambut kedatangan 1 Ramadhan dimana kita semua umat islam diwajibkan menunaikan Puasa...

Dan pada 1 Ramadhan tahun ini juga lah aku telah diuji dengan satu ujian yang berat tetapi aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuk aku...

Aku berharap bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini..aku dan keluarga akan dapat menunaikan ibadah puasa sesempurna mungkin dan segala amal ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT..Sebelum mengakhiri petikan ini..aku ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam ...